Wednesday, December 12, 2012

Happy anniversary Darling..!!!

Posted by Nina Jamil. at 3:18 AM 0 comments

Hari ini 12-12-12 genap 5 tahun aku dan suami bernikah.Syukur alhamdulillah kami di kurnia seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun 3bulan.

Bezanya pada hari ini aku berada di Kulim dan suami ada di Penang. Kami jarangla sgt nak celebrate hari ulangtahun perkahwinan ker hari jadi ka.Cukupla antara kami berdua masih mengingati tarikh tarikh ice tea mewa dlm hubungan kami.
Semoga hubungan yg kami bina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke syurga.

Sunday, December 9, 2012

Gambar ter'latest Mr.Adam..

Posted by Nina Jamil. at 9:33 PM 0 comments

Ini gambar Adam yg paling latest. Boleh kata kebanyakan gambar dia tak pakai baju. Berat badan dia dh kurang sikit.Dh boleb nmpk tulang 4 kerat dia.haaha.

Tuesday, October 9, 2012

Lamanye tak Update.........

Posted by Nina Jamil. at 4:55 AM 0 comments
Lamanye tak update satu-satunye blog aku ni..cian pulak tgk date last update hari tu masa bulan Jun lepas kenduri abg Epi..Urat baloq liat semakin menebal rasanya...selepas pemergian laptop tersayang ke hospital itu hari dan sampai kehari ini tak terhambik lg...skrg ni pun hanya aktif bermain game di fb jew...nak update status pun dah malas,...rasa mcm dh nothing special untuk nak ditayang kepada kawan sekalian...asyik baca status org kadang terasa jeles pun hado!!!....harap2 kalau ader rezeki dpt second BR1M nnt leh la buat modal beli ipad ker,.laptop baru ker..(ko berangan yang hado..) dengan RM500 tue berangan nak ke genting la..,Pulau org utan la,..nak beli laptop baru la...RM500 jew pun..satu kilometer jer ko jln duit tue tinggal separuh jer....!!huhhhh.!!

Pasal BR1M tue aku dh tak payah register dh katenye..kan dah layak secara otomatik tue..so nunggu jew surat sampai ..org bujang pun untung jgkla dpt RM 250.00 sekurang-kurang leh buat belanja makan stemboat ke kan..seingat aku duit BR1M taun lepas,buat repair laptop dan belanja mak bapak aku makan ikan siakap,siput lala..tomyam,..pendek kato makan besar la kitaorg itu hari..

Ini kalinya rasanya aku dh ckp mak aku,kami nak pegi pulau orang utan pulak..nengok org utan..seronok jgk..tp diam2 aku g surver pakej naik genting pulak..hahaha...RM500 jew Nina oiii..bukan RM5000.00 mcm yang makcik2 felda dapat yo..so ang mau kontrol nabsu-nabsi tue sikit!!hahahahaa

Kami satu family hanya aku jer yang apply..ayah aku tak mintak pun..dia ada tax katanya..tp tak kaya pun aku nengok..soh mak aku apply nak bubuh status apo?? ibu tunggal..tak dinafikan ramai yg menipu..n dpt ..tp mak aku tak mau..tak gamak katanya..buat nyer bubuh ibu tunggal kerana RM500..jd sungguh2 tak berbaloi anak oii..so kita jgn la tamak.,,org tamak selalu rugi yer anak2..

So bye-bye...NExt update maybe ntah ler..tgk mood!!

Thursday, June 21, 2012

Give FroM mR.HubBy!!!

Posted by Nina Jamil. at 11:16 AM 0 comments
Pada 17 June hari tue,aku baru balik dr Shah Alam,.kami sampai Penang lebih kurang pukui 7.30 petang..mcm biasa sampai..semua dh separuh pengsan..Aku sampai rumah,tgk laki tk ader kt rumah,.tp kasut kerja ada,maknanya hari tue dia ponteng kerja.!!dlm hati aku agak mesti terlewat bangun nie..!Masuk rumah pun lampu kt ruang tamu terpasang,.cerah ja rumah..tp tak ader org!(Mana la laki aku melilau Maghrib nie.??mula la aku nak nak karang beletiaq kt dia)

Dalam 15 minit aku sampai umah..aku tgk My mr hubby .!segak ja..mcm Saleman Khan...MUahahah..dia tersengih-sengih masuk rumah..aku tk berapa nak amik pot sgt ,mmg perangai dia mcm tue..kdg2 muka manis,kdg masam (lantakla ada aku kisah!!)..Aku tgk dia dlm bilik..dok belek2 mainan..rupanya dia beli mainan baru untuk Adam! dia beli Gasing lampu disko siap ada lagu!! apa lg bertambah gedikla anak aku tak jd tidoq dok belek mainan yang abah dia baru beli tue!Aku cuma tanya kt mana dia beli..kata dia, ada org dtg jual kt umah !! (tp aku mcm tak caya,selama nie mana ada org jual brg mainan mai kt depan umah,yang aku tau bhai pakistan ada la dok jual karpet)!!..tp tak mau pjg cerita aku belagak mcm aku percaya 100% bohong sunat dia tue!!!

Sibuk aku kemas baju simpan balik dlm almari..laki aku tiba hulur satu kotak..siap balut kertas PINK corak love (dia alert sungguh bini dua suka pink)..kt kotak tue tulis NASIR Love INA!! Im Shockkk..mcm org kena karen!!!! tp mulut capoii aku ni p tanya kt dia. "Sapa bg kt Abg ni?? " dgn selamber dia jawab  " Ada awek bg..tue yg abg bg kat Ina!! " Awt abg bg ni...hari nie mana ada hari apa2 pun?...abg betoi ka ni..byk duit abg beli semua ni??? mcm2 aku interview dia!!Akhir sekali dia kata.. BUkak la!!bila nak bukak!! dok asyik tanya ja ??!!  (mmg kami bkn Lomantik Sgt pun)

Rupanya Kotak tue isi dia benda ni!! JEng jeng (aku perak nak menayang kt hampa mua)!!




Ni kotak nya!!

Isinya

Laki aku siap sertakan Resit sekali!!Harga tk nak la tunjuk yer !!Ala tak mahal sgt pun..DLm RM hundred +++ ja!!Walaupun tak semahal mana,tp pada aku begitu berharga!!

Thank YOu Abg!!Tp lain kali kalau Bg duit lg BESTTTT!!!!!

Tuesday, June 19, 2012

Kenduri Di SHah ALam!

Posted by Nina Jamil. at 7:03 AM 0 comments
Pada 15/6 yang lepas aku,Adam and parents aku bertolak ke Shah Alam. Sepupu aku kahwin pada 16/6 tue.So kitaorg bertolak la sehari lebih awal memandangkan kami satu family buta jalan, setakat naik highway Plus sampai Rawang,mmg terer..tp lepas tue nk ke Shah Alam,.mcm org buta hilang tongkat..meraba-raba..Dkt Shah Alam tue pulak nak menuju seksyen 19..satu lg masalah,asyik jumpa round bout jer,..tp berkat kesabaran dan perbincangan antara kumpulan kami berjaya menemui tempat yang nak dituju!!Mubarakhooo,Mubarakho!!Tahniah kpd PAk Jamil & the gang!!

Sampai kt Shah Alam Mak & PaK sedara semua dh sampai,seperti yang dijangka Adam yang tak biasa dengan keramaian org yg terlampau mula melakukan adegan mengamuk dan melalak sesuka hati. Sekejap dia ok,sekejap dia bkk balik sound system dia.So aku secara langsung,langsung tidak terlibat dalam aktiviti Rewang mereka aritu. Kerana aku terpaksa mengontrol anak aku dan membehave kan dia agar tidak menyerbu kumpulan Marhaban pada mlm itu.So Shyyy!

Akibat daripada Tunjuk perasaan anak aku pada malam itu..Dia tido pukoi 2 pagi,..setelah puas tonyoh belakang dia yg asyik gatai itu..!agagaga kroihhhh kami dua beranak terlena terbongkang di tingkat atas rumah kenduri tanpa menghirau kan yg lain kan..Sedar2 dh Pagi..anak aku tak menunjukkan sebarang reaksi yang dia akan bangun awal pagi itu.,yerlakan dh berdemontrasi sampai ke pagi ,..tkkan nk bangun awal tk???

GAya Pagi hari!!
Ingatkan malam jer dia buat perangai,.rupanya siang pada hari majlis pun dia berkelakuan serupa,.mengamuk tak tentu pasal..so terpaksa la aku menkuarantin kan nya di tingkat atas rumah agar tidak menganggu ketenteraman org nk mkn nasi kenduri!! So keputusannya aku langsung tak merasa nikmat kenduri kawin pada hari itu,,kerana nya aku kena enjoy the show upin dan ipin,ultraman,boboiboy bersama anak kesayangan aku,...!!!
Satu gambar pengantin pun aku tak sempat nak snap !!hanya ada satu gambar jer!!
GAmbar ni jer!!






Monday, June 11, 2012

Ronasutra..Berubah kepada yg lebih baik!

Posted by Nina Jamil. at 11:25 AM 0 comments
                                             
Aku dh lama updated blog,sekarang pukoi 1:52 pg..laki aku dh mengeroh bergema segenap alam maya,,.aku pun tk boleh nak lena,walaupun mata ni mcm nk katup dan melekat...(ikut hati cm nk halau ja tidoq luaq,tp  kesian plk) redho jala.. :p
 Byk benda yg nak share kt sini,tp ,malas type panjang2,mood tk terbukak lagi,.(aparaa)!! Ni nak cita ni,last week aku beli bedak mineral (bkn ayaq mineral hokey)!! Ronasutra .Sah,mmg mebeles la bedak ni..dia tk la full coverage sgt.,tp okey la..(bkn pengantin nk mekap tebai ye tak!!)spf berapa ntah tk ingat! Aku beli kt adik ipar aku yg kt alor setaq tue,.RM40.Kira okey la,dh tk payah susah nk tenyeh foundation dh,.so koleksi Maybeline n Silky Girl aku skrg just buat tepek kt leher jerla..kesan nya ,muka aku kt area zon T tak la berminyak sgt..nk kata repair 100% tue nipu benor la kan! tp aku puas hati la....Kalau korang tingin nk try leh order leh order kt adik ipar aku,harga antara yg terendah la..Azlina Kedah. Dijamin sampai. Kaler yg aku guna kaler natural buff,yerla aku bkn nyer putih sgt kan..kelabu asap jer..nasib baik mengena,al maklum order online ni..bkn boleh try calit2 mcm kt watson..

Rupa bedaknyer cmni (aku google jer)
Hasilnya sgt long lasting.,16 hours,kalau korang dlm aircond okla..kalau panas2 berkuap-kuap,.dlm 8 jam jer la...yg best nyer dia leh campur dgn mana pelembab muka yg sesuai dgn kulit muka korang,so tak pyh la nk terikat sgt nk kena suma 100% produk diakan..korang leh pandai mix n match la ..mcm aku aku guna dgn pelembab muka safi!Mudah meresap ..dan tak melekit..!
Ni baru selesai guna ronasutra

Lebih Kurang 6 jam selepas penggunaan!








Friday, May 11, 2012

Yang Pergi ,Tetap Pergi.

Posted by Nina Jamil. at 6:30 AM 0 comments
Baru ada mood nk menulis balik,..sejak dua tiga menjak ni aku cuma menjadi visitor di blog sendiri.,malas nak update apa2 cerita sbb otak ni kosong,takder bahan n malas cari bahan.,,.

2 minggu lepas aku dan hubby dikejutkan dengan permergian datuk (hubby side) tersayang!first time melihat my hubby menangis kehilangan org dia sayang,.aku speechless tak tau utk memujuk dia..cuma mampu melihat,.sbb sepjg aku mengenali dia,.org yg dia terlalu sayang ialah datuk dia,.tak kisahlah sepanjang hidup dia dia memanggil datuk dia dgn panggilan "pak"..for him,datuk dia ialah ayah dia!kerana dia mendapat kasih sayang seorang bapa dr datuknya shj,.(ini diakui oleh semua yg mengenali dia).

Alhamdullillah,perginya 'pak' tak  susah,sakit hanya 3 hari shj,..pada hari-hari terakhir,dia telefon suami aku,nk sgt jumpa dgn anak kami 'Adam'.dan kali ini kami cuba sedaya upaya upaya mencari kelapangan membawa 'Adam' pulang ke kampung.Hari itu hanya hubby yang pulang dgn Adam,aku tk ikut,sbb terpaksa bekerja,.Jd sempatlah dia bermain dgn cicit nya dlm 2 3 hari..

Pada hari ke-3,hubby dgn Adam disana,hubby call aku,bgtahu 'pak' masuk hospital.Lelah,sukar bernafas..di hospital doktor menyarankan agar leher 'pak' ditebuk utk memudahkan dia bernafas dan utk mengeluarkan kahak yg byk.MIL ada bg tahu,x ray paru-paru 'pak' menunjukkan keadaan paru-paru yg rosak..inilah kesan ketara bg org yg suka merokok. Doktor suruh hantar ke hospital sg petani,.'pak' menolak..katanya dia sudah tua,tk pyh la dijalankan semua prosedeur itu..'pak' memaksa anak-anak sain surat keluar hospital dgn risiko sendiri,anak2 hanya mengikut..berangkali menghormati permintaan terakhir 'pak'.

25/4/2012
Aku ada dirumah 'pak',pada mulanya nak pergi hospital melawat 'pak'..tp diberitahi MIL,tunggu dirumah shj,sbb 'pak' nak balik..lebih kurang jam 3 ptg 'pak' sampai dirumah..'Pak' tak mampu berjalan,,hubby terus mendukung 'pak' tanpa bantuan sesiapa..mungkin itu bakti yg mampu dilakukan..diletaknya 'pak' diatas tilam..'Pak' cuma dh tak larat berjalan,tp masih mampu bercakap dgn kuat,mcm org sihat,boleh bersembang,ingatan nya juga masih kuat,,masih mengenali setiap org yg ada didlm rumah itu.

Tiba-tiba 'pak' bg tahu dia nk buang air besar.Lg sekali hubby mendukung 'pak' ibarat bayi..terus kedapor..masuk ke dlm bilik air.,hubby menguruskan 'pak',jelas diraut wajahnya..ini bakti yg dia mampu lakukan utk org yg selama ini membesarkan dia..ketika hubby mendukung 'pak' keluar dr bilik air..'pak' minta diturunkannya ,berbaring di atas lantai didapor..'pak' membuang lg..kali ini aku melihat dgn mata kepala aku sendiri,mcm mana hubby mencuci sendiri najis 'pak'..tanpa rasa geli...dia redha,pasrah..ini baktinya ..'pak' sesak nafas didapur..aku dpt melihat kepayahannya mencari nafas..kasihan,sedih,dan rasa tk boleh membantu pun ada..aku hanya terdiam terpaku,melihat anak2 'pak' dan hubby berterusan mencurah bakti utk 'pak'.

Bila keadaan 'pak' reda.,hubby mendukung 'pak' kali ini dgn bantuan paklang,salah seorg anak lelaki 'pak'.Diletak 'pak' kembali diatas tilam.tp dgn kepayahan 'pak' bernafas..'pak' turun dr tilam mencari keselesaan buat dirinya.Kali ini aku lihat pula,maktih salah seorg anak perempuan 'pak' meriba kepala 'pak'.seorg lg anak perempuan 'pak' mengipas 'pak',seorang lg anak perempuannya mengurut dada 'pak'.Aku kagum,bahagia melihat keadaan 'pak' yg anak2 nya berlumba-lumba berbakti kpdnya.

Dlm kesakitan 'pak' sempat tegur aku..bertanyakan kenapa aku gemuk...kata nya.."na..gemuk saja ka,gemuk ada??''..aku jawab,"gemuk saja 'pak' "...'Pak' menjawab.. " Alhamdullillah,bela yg ni bg besaq dulu"..mungkin 'pak' rimas dgn anak aku yg buas lain mcm!eheheh

Selepas Asar,
'Pak' masih lagi tercungap-cungap..tapi nmpk lebih tenang,berbanding td sewaktu baru turun dr kereta,mungkin 'pak' kepenatan.'Pak' masih lagi boleh bercakap dan mengenali semua org.Keadaan dirumah ketika itu,ramai dgn jiran dan sanak saudara dtg menjenguk keadaan 'Pak'.Tetiba 'Pak' bersuara 'na,nak balik skrg ni tk pala,jgn balik sayup2 nnt jalan gelap esok ampa nk kerja.Balik la 'Pak' tak apa-apa "..tegurnya ..aku hanya membalas "tkpa,ina keja ptg,balik lewat skit takpa"...berulang kali 'Pak' memaksa aku dan hubby pulang ke Penang.Tetapi aku mcm keberatan,berat sgt..tetapi atas tuntutan kerja,kami 3 beranak beransur pulang.Sebelum aku pulang,aku sempat mengesyorkan 'Pak' menggunakan inhaler..FIL aku bergegas membeli di farmasi,dan mereka dibenarkan membeli alat itu selepas menerangkan keadaan 'pak' kpd ahli farmasi.Tetiba 'pak' meminta ingin memakan ais-krim.Pelik! tetapi kami menurut,seorang jiran,bergegas pergi membeli ais-krim.Terus disuap ais-krim ke mulut 'pak'.'Pak' makan aiskrim coklat.Tak pernah-pernah masa sihatnya suka memakan aiskrim.Kegemarannya ialah kopi ''o'....pagi ,petang,siang,malam..

Kami menasihat kan 'pak' berehat,jangan banyak bercakap.'Pak' pejam,untuk cuba melelapkan mata.Aku tahu dia tak lena..mcm ada sesuatu yang difikirkan.Tepat jam 7 ptg,.aku dan suami bersiap pulang..tiba giliran aku bersalam dgn..aku tarik anak aku supaya bersalam dan mencium nyang nya..'Pak' bersuara 'Balik la..lepas nie 'Pak' tak tengok Adam dah'..ada maksud disitu..tetapi aku tak berani hendak membuat kesimpulan...Kami pulang,...................................................................................
Dalam perjalanan.,aku berkata kepada hubby "ntah2 nanti kita patah balik tak"..suami aku memdiamkan diri,fikirannya semacam melayang..aku tahu jiwanya tak pernah meninggalkan 'Pak'..

Kami singgah mengisi perut kami yang kosong,sepanjang di kampung td kami tak menjamah apa pun..hilang selera ..malam itu kami makan,hanya sekadar mengisi perut yang kosong.,kami tidak menikmatinya..hati ini masih kosong.....

Kami sampai di Penang  jam 10 mlm..menyiapkan baju utk berkerja esok..tetapi aku tak mengeluarkan beg baju yang ada di dlm beg untuk disimpan dlm almari.Padaku baju itu dh dicuci,esok saja aku mengemas..
Kami tidur awal malam itu..sebelum tidur suami menunjukkan gambar2 yang diambilnya di kampung.Ada sekeping gambar 'Pak'...hati kami jd sayu..rasa bersalah pun ada,kerana meninggalkannya...

26/4/1012
Jam 4 pagi...handphone suami berbunyi,no.tertera dr kampung..dr Paklang .,seperti aku dpt mengagak maksud panggilan itu...suami aku menjawab,..aku lihat dia menangis..sempat dia bg tahu paklang "abg tak mau balik,suruh balik jgk".....menunjukkan dia sungguh terkilan..aku tahu..'Pak' sudah pergi mengadap Ilahi.Tanpa cucu kesayangannya disisi..Aku mengangkat beg baju semula kedalam beg,menyarung kurung dan selendang..kami memecut dalam kepekatan malam..kali ini kami pulang hanya untuk melihat jasadnya.Jasad seseorang yang terlalu byk berjasa utk suami dan juga aku.-Al-FATIHAH





Sunday, April 8, 2012

MaRi KuRus DgN JaMU!!

Posted by Nina Jamil. at 3:09 AM 0 comments
Kurus?
Bila nak kurus?
Macam mana nak kurus?
Kenapa lambat sangat berat nak turun?

Arrrggghhhhhhhh!!!!!!!!

Ni la masalah yang melanda aku sejak 3 tahun ni.Lepas jer beranak terus berat tak turun.Selera makan jgn cakapla,macam ada bela hantu raya,.keja pikir makan jer,sehari tak mkn nasi tak lengkap hari-hariku ini..

Dah bapa org yg tegoq aku..tp aku buat tk kisah lg..tp lama-lama bila dh rasa nk pakai suaq jean..body fit mmg tak padan dh,.dh rupa sarung nangka ja kalau aku pakai..Memalukan dan kelihatan memualkan!!OMG...

Kalau dipikirkan azam nak kurus,.rasanya dh berpuluh kali aku buat azam.tp selalunya sebelum tido buat azam,pagi bangun dah barai azam tue aku kejekan!Asal nak diet jer mak aku masak best2,tak pun ayah aku bawak pegi makan kt tempat sempoi2.Takkan nak ambik bau jer,haruslah membedal seadanya!larat nak nengok jer depa melantak,sudahnya aku join gk aktiviti melantak berjemaah tue!

Tp mula minggu lepas aku dh terjumpa satu benda alah ni,yang harap2 boleh la membantu aku sedikit sebyk menguruskan badan..(tak minta kurus cm belum kawin dulu,agak2 leh muat size 28 pun jdla..hukhukhuk)
Dengan jamu indon ni,harap2 berhasil la usaha aku nie!!

Jamu Tea mustika ratu


Pil surut.
Aku berharap la sgt berjaya la aku mengempiskan perut yang boroi@buncit ini....

Wish Me Luck okey!!! chowwwwwwwwww


Monday, March 26, 2012

Cara buat Buttercream!

Posted by Nina Jamil. at 6:01 AM 0 comments

Bahan-Bahan :

  • 1/2 cwn shortening
  • 1/2 cwn butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cwn gula icing
  • 2 sudu besar susu segar atau air.
Cara- cara ;

  1. Pukul shortening hingga kembang.Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang.kemudian masukkan esen vanilla.
  2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit,sampai habis dan pukul sampai gebu dan putih.
  3. Masukkan pewarna (jenis serbuk).




Moist Mud Cake.

Posted by Nina Jamil. at 5:21 AM 0 comments

Bahan-Bahan :-

250gm butter,(dipotong)
200gm dark chocolate,(dicincang)
2 cwn gula kaster.
2 bj telur. (dipukul)
11/2  cwn tepung gandum (diayak)
1 cwn tepung naik sendiri (diayak)
1/4 cwn serbuk koko (diayak)
1/4 cwn air

cara-cara :

1-Masukkan butter,coklat,gula dan air kedlm bekas,cairkan diatas api perlahan.

2- Setelah cair,biarkan sejuk dlm 5-10 min dan tuang ke dlm mangkuk besar.

3-Masukkan telur yang telah dipukul,kacau.

4- Masukkan bahan-bahan kering.(tepung naik sendiri,tepung gandum,serbuk koko)

5-Adun sebati.

6-Bakar pada suhu 180 c atau hingga masak.



Sunday, March 25, 2012

Chocolate Cake and Chocolate Buttercream

Posted by Nina Jamil. at 7:11 AM 1 comments


Ingredient List :


CHOCOLATE CAKE.

2 cup sugar
1+3/4 cups all purpose flour
3/4 cup HERSHEY's Cocoa
1+1/2 teaspoons baking powder
1+1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil
2 teaspoons vanilla extract
1 cup boiling water

CHOCOLATE BUTTERCREAM :


1+1/3 cups(22 tbs) salted butter,softened
2/3 cup shortening (crisco)
6 oz unsweetened chocolate,melted and cooled to room temp.
2 tbs. vanilla extract
1/4-1/2 cup heavy/whipping cream,half and half or whole milk
2 lbs (8 cup) powdered sugar
1-4 tbs corn syrup. suka hati la nak letak pun boleh.

p/s : cara-cara refer kat video kat atas...

Cara buat icing fondant!

Posted by Nina Jamil. at 6:45 AM 4 comments


Skrg ni aku dh gila buat cupcake..n nak design cantik2,salah satu cara nak mencantikkan kek ialah hiaskan kek dgn fondant icing..setelah di tapis2 aku rasa ini la cara mudah nak buat fondant..bahan2 pun tak merepek2 sgt..(kiranya org buta senduk cm aku ni leh kenal lagi la bahan2 tue)

Bahan-bahan :-


225gm marshmallow putih
1 sudu besar air
1 sudu kecil corn syrup,tak masuk pun takapa.
450gm gula icing
1/4 cawan crisco shortening,utk gris..(jenama lain pun boleh).

Cara-cara :-


1- Microwave masrhmallow bersama air utk 20-30 saat atau sampai cair.Option lain,boleh cairkan atas api perlahan,(aku lebih suka cara nie).

2-Kacau masrshmallow dgn sudu yg telah digris supaya tak melekit.Masukkan corn syrup,masukkan dan kacau sampai sebati.

3- Griskan mangkuk besar,masukkan marshmallow tadi.Tambah gula yg diayak sedikit demi sedikit.

4- Bila fondant dah nak dekat nak jd,griskan tangan dan uli fondant tue mcm doh.Griskan tangan sekali lagi kalau perlu.

5- Bentukkan fondant tue mcm bola gris dgn shortening dan balut dgn plastik wrap.kena simpan dlm tupperware dan peti sejuk.

6-warna kan dgn perwarna gel atau air..(kalau air tue agak-agak setitik dua sudahla)bentukkan dan sedia utk dihias.

p/s : resepi aku ambil dr My resepi..aku rasa resepi nie la yang paling mudah utk dipraktikkan.,Selamat MEncuba..


karipap simple!

Posted by Nina Jamil. at 6:22 AM 0 comments
contoh jer ni!!

Pagi td aku ter' rajin la pulak..bangun jer tido terus teringat nak buat karipap sardin!so aku pun follow la resepi nie..simple senang!cpt pun cpt..

Bahan-bahan :

4 cawan tepung gandum.
3/4 cawan minyak-panaskan
3/4 air -atau lebih
1 sk garam

Cara-Cara :

1- Masukkan minyak yang betul-betul panas dlm tepung dan kacau dgn garpu sampai berderai.dh sejuk gaul dgn tangan,
2- Masukkan air sedikit demi sedikit..uli sampai sebali dan boleh bentuk...pastu letak inti,.dan kelim cantik2
3-Goreng sampai kuning keemasan...
4- hidang
5- Makan....

tp pagi td aku buat setengah dr bancuhan nie..boleh la kalau nk mkn dgn family...


Thursday, February 16, 2012

Cup cake choco moist!!!dap dap!!

Posted by Nina Jamil. at 4:04 AM 0 comments
bukan kek aku!contoh jer ni
Hari ini aku cuti..pagi dh teringat nak buat cup cake.!dh lama aku tak bkk skill baker nie!!Pertama cek modal dulu.. fuhhh lepas!! kedua gerak ke  TESCO berhampiran....!!
 Ronda punya ronda,aku tk jumpa serbuk coklat VAN HOUTEN yang selalu aku guna tue.!!yang ada cuma jenama HERSHEY je..mak aiii mahal nya..terkedu aku..!!pegang letak ,pegang letak balik kotak tue!!pastu blah dr situ.,pastu dtg balik..belek2 lg..!!aku ternampak instant punya kek..cuma tambah telur 3 bj,air n minyak,..woww!!! simpel giler!!sedap ke??????
sila cuba!!
WOwww...boleh tahan tk sampai sejam dh siap!!tk payah susah...rasanya sedap..lembut.!
Aku tambah coklat ganache kt atas,...!! lg terangkat la..Adam tibai 6 bijik...dap dap kata dia!!
tak payah susah-susah,modal pun tk byk!!dh tentu2 jadi!!TAK RUGI!!

Sudah sembuh dr KETAGIHAN!!

Posted by Nina Jamil. at 3:34 AM 0 comments
tak mau jadi lagu ni!!
  Assalamualaikum.............dh lama aku tak menaip kt sini,semenjak si netbook aku masuk wad byk benda yg tersangkut..membuat ketagihan aku dok meronda ala maya ni dh sedikit boleh dibendung.Tak mcm dulu 24jam berkepit dgn netbook aku. Agak mengerikan bila aku pernah sanggup kunci alarm tgh2 mlm semata-mata nk menjenguk tanaman dkt facebook.LAki aku dh tak larat nk membebel..mak aku pun tk larat nk warning..!Last2 aku sedar..kena ubati suma ni..
-Langkah pertama ialah...tinggalkan farmville..krn itulah sebab utama aku bkk facebook.!!

-Langkah kedua ..bagi rosak laptop..n kerosakan itu agak parah dan membuatkan kena masuk wad lama2,.!

-Langkah ketiga..abiskan duit...kerana bila duit takde tk boleh amik laptop kt kedai..(tp jgn lame2,nnt tokey kedai jual laptop korang aku tak tau)...ternyata aku sembuh setelah sebulan tanpa laptop disisi!!amat MUjarab!!
 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei