Wednesday, June 29, 2011

Buat Duit dengan YMADS $$$...

Posted by Nina Jamil. at 8:20 AM 0 comments
KLIK DISINI..ymads.com

ymads adalah salah satu sistem pengiklanan yang menyerupai Nuffnangs ataupun Adsense.Cara untuk menyertai ymads adalah sgt mudah dan sama macam Nuffnangs mahupun Adsense.Korang cuma perlu mendaftar dan memasang banner di blog korang dan korang akan mendapat komisen.Yang paling best kita akan dibayar terus ke akaun paypal.Tak kisah berapa jumlah komisyen yang korang dpt,korang tetap akan menerima bayaran.Tak mcm sisrem pengiklanan yang lain,korang perlu mencapai target jumlah tertentu baru korang boleh buat cash-out.

Yang sangat best sistem affillate nya dimana korang akan mandapat $2.50 setiap satu pendaftaran.

Ia sgt mudah berbanding sistem pengiklanan yang lain,dan korang mendapat bayaran walaupun korang tidak mempunyai trafik yang tinggi (mcm blog aku ni).

so kalau korang berminat bukalah akaun Paypal secara percuma,dan daftar dgn Ymads..dan marilah mengumpul duit$$$$..hahahahaha

klik sini untuk daftar paypal>>> Paypal 
(korang tak perlu verify kad kreadit/debit..just abaikan shj!!sekarang ni byk pishing2..takut nok.....)

Klik sini untuk mendaftar Ymads>>> ymads 


P/s: Hari mula2 mendaftar aku dh dpt $0.46...hahahha...seronoknyer..dgn yang lain tunggu 4 5 hari baru dapat dua kupang jer..hahahahaa lg semangat la aku nak menerai.......                                   

Tuesday, June 28, 2011

Doa Seorang Hamba....

Posted by Nina Jamil. at 9:44 AM 0 comments
YA ALLAH,Jika aku jatuh CINTA...
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan CINTAnya kepada-MU,..
Agar bertambah kekuatanku untuk Menyintai-MU...


YA MUHAIMIN, Jika aku jatuh HATI...
Izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang yang HATInya tertaut pada-MU..
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu..


YA RABBANA, jika aku jatuh HATI,..
Jagalah HATIku padanya agar tidak berpaling daripada Hati-MU


YA RABBUL IZZATI, Jika aku RINDU..
RINDUkanlah aku pada seseorang yang merindui SYAHID di jalan-MU


YA ALLAH, Jika aku menikmati cinta Kekasih-MU..
Janganlah kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat di SEPERTIGA MALAM 
terakhirmu..


YA ALLAH, Jika aku jatuh HATI pada KEKASIHMU,..
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia Kepada-MU..


YA ALLAH, Jika kau HALALkan aku merindui KekasihMU,..
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan RINDU ABADI hanya
Pada-MU.....AMIN.......




P/s: Dah lama aku simpan sajak ni dalam beg aku,tak silap aku dh dekat 2 thn dh ,aku amik dr mana pun aku dh lupa...INdah sungguh bahasanya..hingga aku terfikir dimana aku!!!

KUih Raya Tahun Ini......

Posted by Nina Jamil. at 9:16 AM 0 comments
Bahan-bahan

8 oz    cornflakes 
4 oz    butter
2 oz    gula castor
3 - 4 sudu besar Golden Syrup
Chocolate chips secukupnya

Cara-cara

1. Ramaskan cornflakes kasar-kasar
2. Pukulkan butter + gula hingga kembang dan baru masukkan cornflakes.
3. Kemudian masukkan golden syrup gaul rata dan akhir sekali masukkan chocolate chips.
4. Letakkan dalam small cups dan bakar.
Ada lg 2 bulan dh nak raya,aku dh pun start buat bajet utk raya thn ni,biasa org gaji kecik cm aku kena merancang awal2 kalau seminggu lagi nak raya baru nak plan beli itu ini alamat lari bajet la..abih raya nnt pakat2 garu kepala.

  Ingat2 nant nak raya teringgin nak buat kuih cam resepi kt atas tue.,dulu masa zaman aku sekolah dulu,mak aku rajin buat kuih,Tp bila aku dh start berkerja ..byk beli jer,kuih tunjuk jer kt tepi2 highway..sekarang ni dh kawin dh beranak tingin plk nk buat kuih raya sendiri..mcm2 tinggin nk buat,kek coklat kukus,biskut cornflakes,kuih siput,.kek orange..mcm2 lg la..oven pun dh siap beli dh 2 bulan lepas,memandangkan oven lama dh lama aku lelong kt keling botol..punya excited la nk buat kuih raya,mintak2 la menjadi...




Tuesday, June 21, 2011

Follow regular Nap Timing for your Newborn Baby Care

Posted by Nina Jamil. at 12:14 AM 0 comments
Naps are important part of your baby’s life.
Regular nap timings can make it easy for your newborn baby care.
Following regular nap times will help your baby feed regularly and also help you plan your day.
Scheduling baby’s nap time is an important part of newborn baby care.
Discover the techniques you can use to help make it happen.
Newborn babies need lot of sleep and when they are not sleeping, they can be hungry or need a diaper change.
In the very beginning it is hard to know that what is making your baby cry. As you both begin to settle into your routines, it becomes easy for newborn baby care that is when she needs to nap and when she needs to feed.
For the better newborn baby care, you should schedule 16-20 hours sleep in a day. This includes short naps and naps taken between feeds. You have to make sure that your baby gets in good naps during the day and at appropriate times so that you won’t have as much trouble getting her to sleep at night.
Even after a better newborn baby care a very small baby will rub her eyes when she gets tired. She will yawn or may be she will get fussy. As your child gets a little older, his activity levels may pick up as they get tired and try to avoid sleep.
Try to keep regular nap times during the day for better newborn care. Napping 3 times in a day makes your baby healthier. Nap schedule in a mid-morning, early afternoon and late afternoon is appropriate for a baby with a 7:30 or 8 PM bed time.
To get newborn baby care, keep the baby awake a little longer in favor of keeping to a regular bed time. If it is a busy day for your baby, let her have a very short nap and then awake her up smoothly for dinneror feeding and some light play before putting her to bed for the night.
Try to recognize your baby’s rhythms for newborn baby care. This includes, is it naptime? Is it time for a diaper change? Is it time to feed? Is she sleeping with a new toy for the first time?
You can acquire newborn baby care by paying attention to your baby’s cues. Even before your baby can talk, she can tell us what she wants. They make faces smiling, frowning and scrunching up their noses. You can keep your baby healthy by finishing their wants and needs.

Monday, June 20, 2011

SETAHUN 9 BULAN...........

Posted by Nina Jamil. at 8:57 AM 0 comments
Adam setahun sembilan bulan...
Rasanya baru semalam aku ke farmasi beli pregnant test,teruja setelah disahkan hamil,gembira sepanjang proses kehamilan,"water bag" pecah,ditolak ke dewan bersalin,.masuk bilik OT,.....
  Dan pada 1 September 2009,aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel melalui proses ceaserean,,walaupun perit tp hatiku melonjak kegembiraan,kerana kelahiran yang dinanti selama ini,bayi selama ini berkongsi nyawa dgn aku,,kini berada didepan mata..
 Aku namakan dia Adam Hazriq Hakimi.,nama yang tetiba lintas difikiran bermodalkan drama popular pada masa itu "NUR KASIH",,hehehe..sesungguhnya itulah detik yang paling bermakna dan mengembirakan aku dan suamiku.."Benih cinta kami bernafas disisi"...
   Bermula dr detik itu kehidupan kami berubah berubah 100%..kini kami memikul tanggungjawab dan amanah yang dianugerahkan kepada kami..kini keutamaan hanyalah untuk membesarkan dan memberikan pendidikan dan kehidupan yang sempurna,,walaupun kami masih dlm keadaan kekurangan tetapi itu bkn alasan utk kami mengabaikan "permata hati" kami.Bagi aku kebahagian dan kegembiraan anak itu apabila dia didampingi oleh kedua orang tuanya.
   Dari hari berganti hari,bulan berganti bulan.."permata" ini semakin membesar,.keletahnya amat menghiburkan hati kami..adakala langit bknnya selalu cerah..ada ketikanya jika "permata" kami jatuh sakit,betapa gundah dan deritanya hati ini..dan perlahan2 aku mula mengakui.."kasihnya ibu dan ayah tiada bertepi"..sanggup kami bersengkang mata..meninggalkan kerja,semata-mata utk menemani "permata' kami yang tidak sihat.,Alhamdullillah.."permata" kami sembuh dan kembali ceria.alangkah gembira dan leganya hati ini,apabila diberitakan tiada perkara yang digeruni yang hinggap di tubuh "permata" kami.
 Kini "permata' kami membesar sempurna dan ceria..suka berlari ..dan belajar menutur kata..sungguh indah ciptaan tuhan.dan amat istimewa perasaan cinta ini kepadanya.Kini sudah setahun  9 bulan,,,Adam Hazriq Hakimi..membesar bersama mama dan abah...
  Ya Allah,..aku bersyukur kepadaMU,.setelah pelbagai dugaan dan hinaan yang aku hujani selama ini,,kau masih sudi menghadiahkan aku "Permata hati" yang tak ternilai dan terbanding nilainya di dunia ini.
 Terima kasih Ya Allah..Kau satukan aku dgn cinta hatiku,,sehingga lahirnya "Permata" itu.Sesungguhnya aku tidak pernah menyesali apa yang Kau rencanakan kepadaku.Kerana nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku,mampu menyembuhkan luka,dan membuatkan aku lupa kepada duka ku dahulu...
  Ya Rabbi..aku memohon kepadaMu,Kau limpahi lah Kebahagian kepada "permata hatiku"..dan kau jauhkan lah dia dr KemurkaanMU..Amin Ya Rabbalalamin..........................




Saturday, June 18, 2011

Saya Suka Make-up...

Posted by Nina Jamil. at 8:02 AM 0 comments
Korang pandai make-up tak?..Soalan mesti terpacul bila gegirlz berkumpul ramai borak sambil belek majalahkan..
Tak terkecuali jugak dgn aku,.yang boleh dikatakan suka dgn aktiviti seni dimuka.Wajah ibarat kanvas..Dari wajahla seseorg tue jatuh cintakan??(jgn ckp korang tak pandang rupa utk jatuh cinta..heheh!!)
So untuk kanvas atau kertas lukisan,kita memerlukan set alat melukis,tetapi untuk wajah kita memerlukan set alat make-up..
Banyak girlz yang sanggup berhabisan utk mendapatkan alat solek dr jenama yang ternama dan menarik.Aku suka beli benda2 yang boleh kasi muka aku sweet cm artis(perasan la plk!!)
So sekrg aku nak berkongsi la,.benda2 yang aku selalu guna utk mencongteng muka aku ni..........check it out!!!
   
PELEMBAB MUKA .

Olay white Radiance Day Cream.

                                                      
 Untuk melembabkan muka dan sunblock aku selalu guna krim OLAY WHITE RADIANCE DAY CREAM.Bagi aku krim ni tak melekit dan berminyak di muka,.sebenarnya dgn pemakaian krim pelembab sebelum korang "make up"..adalah sgt bagus krn ia mampu menapis muka korang dr kena sinaran uv sbb dia mengandungi SPF 24,dan ia juga melancarkan penyapuan foundation di muka korang nnt..(takdela muka korang rasa kesat2 kalau korang dh pakai krim ni sebelum korang pakai foundation).Untuk kesan yang optima adalah disarankan korang menggunakan rangkaian OLAY WHITE RADIANCE yang lain.(dh mcm promoter plk!!).

BEDAK ASAS (FOUNDATION).

B.B Cream Maybeline Clear Smooth Mineral

Sekarang ni aku lebih suka pakai BB cream dari Maybeline.Teksturnya lebih halus kalau berbanding dgn foundatin yang lain.Yang paling best,warnanya amat sesuai utk jenis kulit wanita asia.Dan paling best ia tidak menyumbat ruang roma di muka korang.Kesannya muka korang takder la senang naik jerawat.ia juga mengandungi SPF 26/PA+++ utk Packing dia pun comel jer boleh letak dlm handbag jgk.hehehe..so kalau suka pergi la cari di watson atau Guardian...skrg pun harga dh murah dh...

COMPACT POWDER.

Maybeline Clear Smooth Compact Powder.

Compact Powder pilihan aku pun dari Maybeline,,bedak muka ni aku dh pakai bertahun-tahun dh..mmg cukup sesuai untuk kulit aku,.dia tak bertapuk-tapuk cm tepung koma..(apela koma!!),dan dia juga mampu menyerap kilatan dan minyak di muka..so tak ade la muka tue jd cm pinggan berkilat bila tgh panas.,hehehe..Sekali guna terus jatuh cinta,tak percaya cubala...........!!

PEMBAYANG MATA (EYE SHADOW).

MAC,,(immitation)

AVON 3 in 1
Untuk eye shadow aku tak berkira sgt..asal warnanya aku berkenan je,trus la aku rembat..aku tak kisah sgt dgn jenama utk eye shadow,.kerana ia tak melibatkan kawasan keseluruhan muka,,(ala,sapu sikit jer pun kt mata).Avon 3 in 1 tue mmg super la..kalau katakan korang lambat ke mana tempat yang memerlukan korang berpenampilan menarik,ini la pilihan yang sesuai sebb ia boleh digunakan sebagai eye shadow,eye liner dan juga kening..mudah bkn!!!

EYELINER.


Maybeline Hypersharp.
Ini ialah eyeliner keluaran Maybeline yang terbaru..Benda ni mmg best..warna hitam yer pekat..dan kalis air..,hujungnya juga halus jer.ini amat sesuai utk korang yang tak pandai nak pakai eyeliner yg jenis cecair tue kan..dgn ini ia mcm pen yang korang boleh lukis garisan yang tepat dimata korang,..Mesti tak meyesal punya kalau beli benda ni..

Double intense Silky Girl
Yang ni pulak,Gel eye liner keluaran Silky Girl..pada pendapat aku benda ni sesuai kalau korang nak lukis garis mata yang tebal2 tue..sbb berus dia mmg tebal..dan lagi satu korang kena rajin cuci berus ni selepas guna,kalau tak ia akan mengeras dan nnt lukisan garis mata korang dh tak cantik..warna nyer mmg pekat,,tetapi keselesaan memegang tue kurenggg skit...sbb ia perlu disambung dgn penutup..mmg rasa cm korang pegang benda yang tak siap.."tepuk dada,tanya selera".

Avon Pensil eyeliner (twist)
 Ni lagi satu eyeliner kegemaran aku..mmg simple dan puas hati..warnanyer yg hitam pekat,..waterproof..mmg memudahkan gaya hidup aku yang nak cepat ajekan..!!tetapi korang jgn sesekali beli yang pensil punya,,yang jenis asah sendiri tue..sbb ia tidak kalis air,dan menbuatkan korang nnt kelihatan seperti seekor tapir atau panda...atau pun jiran2 akan beranggapan korang menjadi mangsa keganasan rumah tangga..(mata hitam cm kena penumbok)..


BLUSHER.

blusher Silky Girl
Aku tak berapa pandai pakai benda ni..selalunya aku sapu skit2 jer sebagai penyeri muka..hehehehe

BRUSH.

Berus Beli kt Super Market jer!!
Aku cuma pakai berus yang perlu sahaja..blend brush.blusher brush and lip brush..rasa lebih selesa kalau kita ada byk koleksi berus..tp koleksi aku bru byk ni jer,,!!!

LIPS.

Nie aku dpt percuma..Lip ice.

Lip ice sher color & color bloom Maybeline.

Benda ni sama ja...Memerah kan bibir jd cm kaler pink...jenama jer lain..kesannyer serupa...rugi jer aku beli..chehhhh!!

dazzling pink silky girl

lip gloss
ini akan mengakibatkan bibir anda kelihatan seksi dan mengiurkan..hahahaah


p/s:Saya pun tak pandai make up sangat.....!!!!





Sunday, June 12, 2011

ABC...123...Aku PernAh Ke Sekolah Itu.....

Posted by Nina Jamil. at 3:20 AM 0 comments
Dah lama aku tak update blog aku ni..2 3 hari ni.,sibuk dok buat header blog yg baru..aku ni bknnyer pandai guna photoshop ker ape ke...yg aku tau copy/paste sajer...janji blog aku ada header tue pun dh bagus la........
Duduk saja2,klik sana klik sini,.aku ternampak la wajah2 baru sekolah aku ..aku pernah sekolah di beberapa sekolah,, aku pernah sekolah di permatang pauh,n kulim..tukar sbb pindah rumah.,n tukar ke sekolah menengah...waktu sekolah aku la,aku rasa  byk kawan,merayau sana sini..sbb sebaik aku habis sekolah byk kekawan aku yg dh hilang ntah mana2..ada yg kahwin,ada yg sambung belajar,..so skrg kami byk keep in touch melalui FB..n ada gk la sekali sekala diaorg buat reunion,tp sayang aku tk pernah join pun reunion diaorg coz aku  dh tk duduk kulim lg..sejak aku habis form 5 ayah aku terus bawa kami menetap di Penang..lagipun mmg ayah dh dh lama keja sana,cuma masa aku sekolah dia terpaksa ulang alik penang-kulim..(cian ayah aku)..
Masa aku umur 6 thn,mak aku masukkan aku ke Tadika Kemas,kt Kampung Pertama..Mcm2 perangai aku yang ada,,yg paling aku ingat..masa sekolah Tadika aku suka berak Dlm suar..hakhakhak..takut nk pegi toilet sorang2..hahahaha (skrg dh lama aku buang perangai tue)


Then,selepas setahun bersekolah di sekolah tadika,.dan menjadi mangsa buli bdk2 lain,.mak aku masukkan aku di sekolah rendah kebangsaan permatang Tok Kandu..nama sekolah ni special kan,..aku dulu suka panggil sekolah taik ayam pandu..(budak2 biasalahhh)!!..ayah aku pun pernah bersekolah kt situ..kat sekolah ni,..aku dikategorykan sebagai bdk lembik,manja.  tp pandai la jgk..(periksa dpt no 1)..selalu aku kena buli kt kelas..antara nama bdk yg suka buli aku,nama dia "Nora"..(aku ingat sampai la!!)..bdk ni suka ngasut bdk2 lain jgn kawan dgn aku,..so sesorang la aku g kantin ..nak beli nasi lemak tak sampai sbb aku pendek masa tue..pastu byk org besar..last2 balik rumah ,sok nangis tkmau pegi sekolah lg,,.sampai mak aku kena pegi complain kt cikgu n warning kt bdk "Nora" tue..aku sempat bersekolah kt sekolah tue 2 thn ja..pastu ayah aku beli rumah kt kulim..kulim dulu dgn kulim skrg mana sama...


Di Kulim mak aku masukkan aku kt sekolah ni..masa tue aku darjah 3..kt sekolah ni la aku kenal best buddy aku "cik Pinat"..(skrg pun dh jrg jumpa coz Pinat still tinggal kt Kulim)..masa mula2 masuk sekolah ni mmg aku rasa pelik la ya amat..nama sekolah sri limau..(apsal la sekolah aku nama pelik)..n satu yg special tentang sekolah ni..kantin dia betul2 pas masuk pintu pagar..cikgu2 aku dulu yg aku ingat Cikgu Zakaria,Cikgu Nordin,Cikgu Rahman..n teacher Azimah....teacher Azimah ni dangerous skit..garang dia lain mcm..dulu aku g sekolah mak aku suka ikan tocang pokok kelapa kt aku..n teacher nila suka tarik tocang aku...(dia berkenan tp tk mau ckp,aku rasa)..n ada lg cikgu garang kt sekolah ni..ialah cikgu M__ad..cikgu ni mmg brutal..kalau sesapa tak siapkan homework dia..mmg kena pulas la kulit perut korang,..n kena hempas kt dinding..(tk berniat memburukkan sesiapa..)tp masa tue,mana ada nk report polis mua..semua buat tak tau jer,,cuma bercerita sesama sendiri,.n aku balik cerita kt mak aku..kwn kelas aku kena mcm ni,mcm ni!! mak aku kta tk mati tkper la..niat mengajar bg bdk dgr kata,kalau mati,..jawabler......sampai darjah 6..bermula episod remaja aku yg berliku.....




Masuk Form 1,,aku ke SMKK..kira2 famous gk la sekolah ni...form 1,form 2 aku ok lg,..still under control...masuk form 3,..aku dh out of control rasanya..masa tue dh mula pandai lepak2 kt bus station..pegi shopping compleks..ponteng sekolah berkali kala...heheheh (pecah rahsia kalau mak aku baca)..tp sekolah ni mmg rock la..tk tau nk ckp cmner..ikhlas mmg aku sayang sekolah ni..sbb byk kenangan pahit manis aku kt situ..walaupun aku bkn la student top 20 or 30 ker..n cikgu pun bapa keratla sgt yg ingat muka aku ni..tp aku still boleh ingat la cikgu2 yg ngajar aku masa tue..dia punya penangan tue menyengat la..aku simpan di dlm diary hatiku..chewahhhhhhh...
Masuk form 4 langkah aku dh panjang la..dpt moto kriss kapcai satu..lesen sekali...hohohohho...mana ranjau aku tk jelajahi masa tue,..drive sesorang dr kulim ke selama perak..sendirian..org gila cm aku jer buat cm2...tension punya pasai...eksiden langgar bdk sekolah patah kaki,dpn sekolah,nasib lesen tk kena gantung..jenuh pegi kautim dgn polis kulim..pendek kata mmg aku mula berperangai agak agresif antara 16-20..thn..pastu aku dh mula slow..dh..masa..
For dear my SMKK....I LOVE U..lot of sweet memories...

sekarang dh kawin..dh ada anak,turn aku pula rasa apa yg mak aku rasa plk...heheheeheheheh
 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei