Friday, May 11, 2012

Yang Pergi ,Tetap Pergi.

Posted by Nina Jamil. at 6:30 AM 0 comments
Baru ada mood nk menulis balik,..sejak dua tiga menjak ni aku cuma menjadi visitor di blog sendiri.,malas nak update apa2 cerita sbb otak ni kosong,takder bahan n malas cari bahan.,,.

2 minggu lepas aku dan hubby dikejutkan dengan permergian datuk (hubby side) tersayang!first time melihat my hubby menangis kehilangan org dia sayang,.aku speechless tak tau utk memujuk dia..cuma mampu melihat,.sbb sepjg aku mengenali dia,.org yg dia terlalu sayang ialah datuk dia,.tak kisahlah sepanjang hidup dia dia memanggil datuk dia dgn panggilan "pak"..for him,datuk dia ialah ayah dia!kerana dia mendapat kasih sayang seorang bapa dr datuknya shj,.(ini diakui oleh semua yg mengenali dia).

Alhamdullillah,perginya 'pak' tak  susah,sakit hanya 3 hari shj,..pada hari-hari terakhir,dia telefon suami aku,nk sgt jumpa dgn anak kami 'Adam'.dan kali ini kami cuba sedaya upaya upaya mencari kelapangan membawa 'Adam' pulang ke kampung.Hari itu hanya hubby yang pulang dgn Adam,aku tk ikut,sbb terpaksa bekerja,.Jd sempatlah dia bermain dgn cicit nya dlm 2 3 hari..

Pada hari ke-3,hubby dgn Adam disana,hubby call aku,bgtahu 'pak' masuk hospital.Lelah,sukar bernafas..di hospital doktor menyarankan agar leher 'pak' ditebuk utk memudahkan dia bernafas dan utk mengeluarkan kahak yg byk.MIL ada bg tahu,x ray paru-paru 'pak' menunjukkan keadaan paru-paru yg rosak..inilah kesan ketara bg org yg suka merokok. Doktor suruh hantar ke hospital sg petani,.'pak' menolak..katanya dia sudah tua,tk pyh la dijalankan semua prosedeur itu..'pak' memaksa anak-anak sain surat keluar hospital dgn risiko sendiri,anak2 hanya mengikut..berangkali menghormati permintaan terakhir 'pak'.

25/4/2012
Aku ada dirumah 'pak',pada mulanya nak pergi hospital melawat 'pak'..tp diberitahi MIL,tunggu dirumah shj,sbb 'pak' nak balik..lebih kurang jam 3 ptg 'pak' sampai dirumah..'Pak' tak mampu berjalan,,hubby terus mendukung 'pak' tanpa bantuan sesiapa..mungkin itu bakti yg mampu dilakukan..diletaknya 'pak' diatas tilam..'Pak' cuma dh tak larat berjalan,tp masih mampu bercakap dgn kuat,mcm org sihat,boleh bersembang,ingatan nya juga masih kuat,,masih mengenali setiap org yg ada didlm rumah itu.

Tiba-tiba 'pak' bg tahu dia nk buang air besar.Lg sekali hubby mendukung 'pak' ibarat bayi..terus kedapor..masuk ke dlm bilik air.,hubby menguruskan 'pak',jelas diraut wajahnya..ini bakti yg dia mampu lakukan utk org yg selama ini membesarkan dia..ketika hubby mendukung 'pak' keluar dr bilik air..'pak' minta diturunkannya ,berbaring di atas lantai didapor..'pak' membuang lg..kali ini aku melihat dgn mata kepala aku sendiri,mcm mana hubby mencuci sendiri najis 'pak'..tanpa rasa geli...dia redha,pasrah..ini baktinya ..'pak' sesak nafas didapur..aku dpt melihat kepayahannya mencari nafas..kasihan,sedih,dan rasa tk boleh membantu pun ada..aku hanya terdiam terpaku,melihat anak2 'pak' dan hubby berterusan mencurah bakti utk 'pak'.

Bila keadaan 'pak' reda.,hubby mendukung 'pak' kali ini dgn bantuan paklang,salah seorg anak lelaki 'pak'.Diletak 'pak' kembali diatas tilam.tp dgn kepayahan 'pak' bernafas..'pak' turun dr tilam mencari keselesaan buat dirinya.Kali ini aku lihat pula,maktih salah seorg anak perempuan 'pak' meriba kepala 'pak'.seorg lg anak perempuan 'pak' mengipas 'pak',seorang lg anak perempuannya mengurut dada 'pak'.Aku kagum,bahagia melihat keadaan 'pak' yg anak2 nya berlumba-lumba berbakti kpdnya.

Dlm kesakitan 'pak' sempat tegur aku..bertanyakan kenapa aku gemuk...kata nya.."na..gemuk saja ka,gemuk ada??''..aku jawab,"gemuk saja 'pak' "...'Pak' menjawab.. " Alhamdullillah,bela yg ni bg besaq dulu"..mungkin 'pak' rimas dgn anak aku yg buas lain mcm!eheheh

Selepas Asar,
'Pak' masih lagi tercungap-cungap..tapi nmpk lebih tenang,berbanding td sewaktu baru turun dr kereta,mungkin 'pak' kepenatan.'Pak' masih lagi boleh bercakap dan mengenali semua org.Keadaan dirumah ketika itu,ramai dgn jiran dan sanak saudara dtg menjenguk keadaan 'Pak'.Tetiba 'Pak' bersuara 'na,nak balik skrg ni tk pala,jgn balik sayup2 nnt jalan gelap esok ampa nk kerja.Balik la 'Pak' tak apa-apa "..tegurnya ..aku hanya membalas "tkpa,ina keja ptg,balik lewat skit takpa"...berulang kali 'Pak' memaksa aku dan hubby pulang ke Penang.Tetapi aku mcm keberatan,berat sgt..tetapi atas tuntutan kerja,kami 3 beranak beransur pulang.Sebelum aku pulang,aku sempat mengesyorkan 'Pak' menggunakan inhaler..FIL aku bergegas membeli di farmasi,dan mereka dibenarkan membeli alat itu selepas menerangkan keadaan 'pak' kpd ahli farmasi.Tetiba 'pak' meminta ingin memakan ais-krim.Pelik! tetapi kami menurut,seorang jiran,bergegas pergi membeli ais-krim.Terus disuap ais-krim ke mulut 'pak'.'Pak' makan aiskrim coklat.Tak pernah-pernah masa sihatnya suka memakan aiskrim.Kegemarannya ialah kopi ''o'....pagi ,petang,siang,malam..

Kami menasihat kan 'pak' berehat,jangan banyak bercakap.'Pak' pejam,untuk cuba melelapkan mata.Aku tahu dia tak lena..mcm ada sesuatu yang difikirkan.Tepat jam 7 ptg,.aku dan suami bersiap pulang..tiba giliran aku bersalam dgn..aku tarik anak aku supaya bersalam dan mencium nyang nya..'Pak' bersuara 'Balik la..lepas nie 'Pak' tak tengok Adam dah'..ada maksud disitu..tetapi aku tak berani hendak membuat kesimpulan...Kami pulang,...................................................................................
Dalam perjalanan.,aku berkata kepada hubby "ntah2 nanti kita patah balik tak"..suami aku memdiamkan diri,fikirannya semacam melayang..aku tahu jiwanya tak pernah meninggalkan 'Pak'..

Kami singgah mengisi perut kami yang kosong,sepanjang di kampung td kami tak menjamah apa pun..hilang selera ..malam itu kami makan,hanya sekadar mengisi perut yang kosong.,kami tidak menikmatinya..hati ini masih kosong.....

Kami sampai di Penang  jam 10 mlm..menyiapkan baju utk berkerja esok..tetapi aku tak mengeluarkan beg baju yang ada di dlm beg untuk disimpan dlm almari.Padaku baju itu dh dicuci,esok saja aku mengemas..
Kami tidur awal malam itu..sebelum tidur suami menunjukkan gambar2 yang diambilnya di kampung.Ada sekeping gambar 'Pak'...hati kami jd sayu..rasa bersalah pun ada,kerana meninggalkannya...

26/4/1012
Jam 4 pagi...handphone suami berbunyi,no.tertera dr kampung..dr Paklang .,seperti aku dpt mengagak maksud panggilan itu...suami aku menjawab,..aku lihat dia menangis..sempat dia bg tahu paklang "abg tak mau balik,suruh balik jgk".....menunjukkan dia sungguh terkilan..aku tahu..'Pak' sudah pergi mengadap Ilahi.Tanpa cucu kesayangannya disisi..Aku mengangkat beg baju semula kedalam beg,menyarung kurung dan selendang..kami memecut dalam kepekatan malam..kali ini kami pulang hanya untuk melihat jasadnya.Jasad seseorang yang terlalu byk berjasa utk suami dan juga aku.-Al-FATIHAH





 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei