Saturday, July 9, 2011

Aku TAk PernAH LUPA!!!!

Posted by Nina Jamil. at 8:25 AM 0 comments
Suatu masa dahulu kau aku bertemu,
Hanya pada pandangan biasa,
Tiada yg istemewa padamu pada pandangan aku..
Sama,serupa cuma berbeza wajah...

Kau berjalan,adakala berlari,
Aku juga sama,
Dipersimpangan itu kita bersua,
Hanya senyum,dan sikit sapaan..
Aku hanya memandang sunyi,
Padaku engkau tiada erti...

Hari berganti hari,bulan melangkau bulan,
Bagai ditakdir tuhan,memulakan kisah sepertikan direncanakan,
Jalan kau aku serupa,tp berbeza haluan..

Pada hari itu.,engkau aku memula bicara,
Tanpa aku duga,rupanya ada cerita untuk kita berdua..
Lalu kata berbait kata..disitu bermula segala-gala..

Mula kau  kenali aku pada nama,
kini cuba menembusi hati..
kerana aku jua berasa sudi..

Bertahun-tahun bersama,hanya spt pasangan biasa..
cuma bijak memintal kata,
leka terbuai dihanyun asmara...
tanpa sedar dugaan kuat bakal melanda..
jauh sekali benarnya dari impian kita..

Sedaya upaya kita cuma mengarang kisah kita,
supaya sedap didengar dan dicerita,
namun apa daya,taufan melanda,
menbadai semua rencana yg dicipta..

Namun kita teguh bersama,
hati ibarat batu di gua..
walaupun dihempuk atau dilanyak,
hanya berdiri bersama-sama..

Dimana lurah tak dituruni,
Dimana liku tak kita susuri,
arus deras cuba rentasi,
hanya cuma ikut kemahuan hati..

terus terlena dalam airmata,
fikiran buntu,hati mula buta.,
fikirkan kekasih yang telah hilang,
nekad berlari ke dalam dakapan..

tak ku sangka kau jua begitu,
bergenang airmata tak siapa tahu,
mula bertekad hatiku hatimu,
mungkin ini jalan terakhir buat kita,

Langkah berdua di tempat itu,
melangkah untuk mencari noktah,
Kau bersila,tegak,cuba mengumpul semangat,
Aku disisi tunduk diam,pasrah segalanya..

Tangan dihulur lalu kau paut,
menyusun kata dalam kesyahduan,
ibarat mimpi yang kedengaran,
berlangsunglah segalanya serba kekurangan..
kudengar "aku terima nikahnya ............
ku tersentak ketika lafaz taklik kau bacakan
tersedar aku dr lamunan,inilah suratan
takdir buat kita yang direncanakan..hanya redha dengan ketentuan..

Sedari itu,kita cuba berdiri..
pernah sekali engkau bergari,hanya kerana mempertahankan
pondok cinta ini...dr situ aku kuat,kerana aku bukan keseorangan
Kini Adamku sedia berkorban..

Kita cuba mencari punca,
tetapi semua menikam kita,adakala menjerut leher kita
hati ditusuk kata-kata berbisa
namun kita hanya membisu.,
kerana itu lidah mereka,dimata mereka kita ini hina..

Terus kita menebal muka,
hanya untuk diterima manusia,
yg bakal bertanya segalanya,
cuba membuka pekung didada kita,

Namun kini,ada juga sinar buat kita
dikurnia permata yang ternilai,
dipermudahkan jua segala-gala,
kelahirannya menutup nestapa..

Namun ada ketika,ungkit mengungkit itu biasa
untuk kami yang berdosa,
modal mereka untuk melepas duka..

Hanya yang kami mampu buat,
Sabar,Redha dan Diam
Kerana kami ini tak sempurna,
Kata kami tiada guna...

Buat Suamiku,
Terima kasih................
kerana mencintai aku,kerana tetap untuk bersamaku
Moga pondok cinta ini kekal ke ahkir hayat,,,,,,,,,,

INA SAYANG ABG,,,,,,,,.......
words wht u always said,.."selagi ada manusia dibumi ini,selagi  itu abg syg ina"..terima kasih sering melagukan kata itu di telingaku.............................
 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei