Thursday, August 11, 2011

Nilai Manusia.....diMata Insan..

Posted by Nina Jamil. at 12:11 AM 0 comments
Manusia kecil
 
Manusia Tua

Tadi sewaktu melayan video-video yang ada di Youtube ,tiba-tiba hati ini tersentak seketika melihat aksi-aksi kekejaman dan kebodohan manusia yang dirakamkan terhadap insan kecil mahupun dewasa.Tercuit hati kecil aku,dimana hilangnya kemanusiaan,rasa kasih sayang dan kecintaan sesama manusia.Tak adakah rasa kasihan dan simpati terhadap sesama manusia.

Inilah pemikiran abnormal sesetengah manusia,ada yang sanggup menghumban bayi sendiri,menikam bapa sendiri,membunuh untuk wang,.dan macam hal yang adakalanya macam tak masuk akal,dan kadang2 manusia sendiri bagaikan susah menerima bahawa sesetengah kejadian keji dan kejam itu dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia.

Menyentuh tentang pembuangan bayi,sekarang ni kes ni dah jadi macam hal biasa,takde yang terkejut hal nie.,kalau setakat terbaca seorang bayi ditinggal di perhentian bus,depan rumah,dekat surau.,mulut seseorang itu tidak akan ternganga lagi ketika membaca akhbar,kerana ini dah jadi kes biasa..(sbb dh selalu keluar),melainkan kalau berita sadis dan kejam yang menimpa insan kecik itu,seperti dihumban dari tingkat sembilan ataupun dibuang dari kenderaan bergerak ,itu barulah kejadian menggemparkan negara,..bykla kedengaran komen dari wakil2 masyarakat..Bagi aku kewujudan "BABY HATCH"adalah satu tindakan yang baik untuk menyelamatkan nyawa bayi2 yang tak berdosa itu.Walaupun kedengaran sesetengah komen menyatakan tindakan itu kurang bijak,tetapi ia lebih mulia kerana ia bertindak sebagai tempat perlindungan,sekurang-kurangnya 1,2,3 orang terselamat dari lemas dalam longkang atas membusuk dihanyut sungai.

Tetapi tak dapat disangkal didikan keluarga adalah kunci moral seseorang,dan perlu diingatkan jikalau seseorang bermasalah dengan moralnya,komuniti pulak tidak boleh menuding jari terus kepada ibu-bapa,kerana remaja atau belia sekarang bukannya jenis yang berkurung dalam rumah saja,tapi mereka juga mempunyai susur jalur komunikasi yang luas,jadi susah bagi ibu-bapa untuk menapis pergaulan anak-anak itu sendiri,.pada masa itu kebijaksanaaan seseorang itu boleh dilihat dengan pergaulan sekelilingnya.

Disana nnt dia akan menuntut bela diMAhkamah Allah

Tak kurang dengan bayi yang dibuang,ada juga yang dihina,dipersendakan kerana kecacatan.,tak kirala sekecil mana,sebesar mana,sepelik mana,sehodoh mana sekali pun,selagi ia dilahirkan melalui rahim seorang manusia ,dia tetap dinamakan manusia.Ini tidak sesetengah membenci anak,atau ibu bapa sendiri kerana kecacatan atau ketidakmampuan mereka untuk menguruskan hidup mereka dengan lebih sempurna.Ada yang malu untuk memperkenalkan kepada masyarakat kerana bimbang pandangan serong masyarakat sekeliling.


Seperti video yang dilihat diatas,dia bukanlah anak alien atau pun anak binatang,,ia adalah manusia,tp boleh lihat bagaimana kurang ajarnya pelakuan staff perubatan itu,sewenang-wenang memegang bayi itu tanpa simpati dan mendudukkan dia bagaikan binatang,..sungguh itulah satu penghinaan kepada manusia..Sehodoh atau sepelik mananya dia,bagi hati yang penuh sifat keibuaan yang normal pasti menitis airmata bila menyaksikan nasib seorang insan kerdil ini.Semoga orang yg memperlakukan dia dengan kasar dan tidak beretika itu mendapat imbalan setimpal dari maha pencipta.

Untuk kita yang telah berjaya melangkau fasa dewasa,dan apabila boleh berdikari sendiri,boleh dilihat berapa ramai warga2 tua dihumban di rumah kebajikan..tiada siapa menjenguk,,tiada siapa datang meminta diriba,diminta disuap makannya..kerana pada masa umur seseorang itu sudah tua..diaanggap mereka tidak berguna lagi.sedangkan dulunya..diribanya itu diriba 12 orang anaknya,dicuci berak 12 anaknya,tangannya itu menyuap 12 mulut,dihantar 12 anaknya semua mendapat pendidikan tertinggi..dan kini 12 anaknya itu tidak mampu menyuap satu mulut ibunya,menyikat rambut di 1 kepala ibunya sendiri..sungguh 12 anak itu tidak mampu,kerana mereka merasakan jijik,renyah..geli..jatuh status.Seringkali aku ini mengingati diri aku,sejauh mana jahatnya diri ini,hinanya diri ini,.suatu masa ibu bapa aku tak mampu melakukan apa saja,ingin aku bisikan kepada jangan risau...aku akan jaga sebagaimana mereka menjaga ibu bapa mereka,..kerana aku juga tak mahu anak aku menghumban aku di rumah kebajikan suatu hari nnt..kerana kehidupan ini ibarat roda..ia akan berputar dan kita akan merasa apa yang dirasai oleh orang sebelum kita.



 



Kepada Manusia bernama insan,hargailah Manusia..kerana melambangkan Kamu seorang Insan.





 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei