Monday, June 20, 2011

SETAHUN 9 BULAN...........

Posted by Nina Jamil. at 8:57 AM 0 comments
Adam setahun sembilan bulan...
Rasanya baru semalam aku ke farmasi beli pregnant test,teruja setelah disahkan hamil,gembira sepanjang proses kehamilan,"water bag" pecah,ditolak ke dewan bersalin,.masuk bilik OT,.....
  Dan pada 1 September 2009,aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel melalui proses ceaserean,,walaupun perit tp hatiku melonjak kegembiraan,kerana kelahiran yang dinanti selama ini,bayi selama ini berkongsi nyawa dgn aku,,kini berada didepan mata..
 Aku namakan dia Adam Hazriq Hakimi.,nama yang tetiba lintas difikiran bermodalkan drama popular pada masa itu "NUR KASIH",,hehehe..sesungguhnya itulah detik yang paling bermakna dan mengembirakan aku dan suamiku.."Benih cinta kami bernafas disisi"...
   Bermula dr detik itu kehidupan kami berubah berubah 100%..kini kami memikul tanggungjawab dan amanah yang dianugerahkan kepada kami..kini keutamaan hanyalah untuk membesarkan dan memberikan pendidikan dan kehidupan yang sempurna,,walaupun kami masih dlm keadaan kekurangan tetapi itu bkn alasan utk kami mengabaikan "permata hati" kami.Bagi aku kebahagian dan kegembiraan anak itu apabila dia didampingi oleh kedua orang tuanya.
   Dari hari berganti hari,bulan berganti bulan.."permata" ini semakin membesar,.keletahnya amat menghiburkan hati kami..adakala langit bknnya selalu cerah..ada ketikanya jika "permata" kami jatuh sakit,betapa gundah dan deritanya hati ini..dan perlahan2 aku mula mengakui.."kasihnya ibu dan ayah tiada bertepi"..sanggup kami bersengkang mata..meninggalkan kerja,semata-mata utk menemani "permata' kami yang tidak sihat.,Alhamdullillah.."permata" kami sembuh dan kembali ceria.alangkah gembira dan leganya hati ini,apabila diberitakan tiada perkara yang digeruni yang hinggap di tubuh "permata" kami.
 Kini "permata' kami membesar sempurna dan ceria..suka berlari ..dan belajar menutur kata..sungguh indah ciptaan tuhan.dan amat istimewa perasaan cinta ini kepadanya.Kini sudah setahun  9 bulan,,,Adam Hazriq Hakimi..membesar bersama mama dan abah...
  Ya Allah,..aku bersyukur kepadaMU,.setelah pelbagai dugaan dan hinaan yang aku hujani selama ini,,kau masih sudi menghadiahkan aku "Permata hati" yang tak ternilai dan terbanding nilainya di dunia ini.
 Terima kasih Ya Allah..Kau satukan aku dgn cinta hatiku,,sehingga lahirnya "Permata" itu.Sesungguhnya aku tidak pernah menyesali apa yang Kau rencanakan kepadaku.Kerana nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku,mampu menyembuhkan luka,dan membuatkan aku lupa kepada duka ku dahulu...
  Ya Rabbi..aku memohon kepadaMu,Kau limpahi lah Kebahagian kepada "permata hatiku"..dan kau jauhkan lah dia dr KemurkaanMU..Amin Ya Rabbalalamin..........................




 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei