Sunday, May 12, 2013

شكرا لك الأم. Terima Kasih Ibu,

Posted by Nina Jamil. at 3:15 AM 0 comments

Menjadi ibu ialah suatu anugerah yang paling berhargai. Pengalaman disahkan hamil,melalui proses kehamilan
dan melahirkan adalah saat yang paling unik dalam hidup setiap wanita.Allah S.W.T mengurniakan perasaan yang hebat kepada setiap wanita yang hamil dan melahirkan. Tanyalah kepada semua wanita yang pernah melahirkan,adakah mereka serik untuk melahirkan sekali lagi? Kalau ditanya sehari selepas mereka selamat melahirkan,mesti jawapannya "oo..nantilah dulu,sakit ini pun tak habis lagi"..tetapi apabila mereka sembuh sepenuhnya,.lama-lama,hati ini akan terasa ingin untuk hamil lagi.Mereka akan mula rindukan.,tendangan manja dari perut mereka.Itulah lumrah wanita bergelar ibu.

Anak..setiap anak pasti mempunyai ibu..ia tidak akan kedunia ini dengan tiba-tiba. Allah S.W.T menjadikan wanita sebagai perantara untuk seorang hamba itu tiba di dunia. Tidakkah kamu merasakan darjat wanita itu sangat tinggi disisi Tuhan kamu,sehingga dia dipilih untuk menzahirkan seorang manusia dimuka bumi ini.Jadilah teramat rugilah manusia-manusia yang tidak menghargai ibunya.

Tanggungjawab anak lelaki..mendahului ibunya dari isteri,.
Tanggungjawab isteri..mendahului suami daripada yang lain-lain.
Si isteri tadi mempunyai anak lelaki..dia ada anak lelaki yang metaati nya.
Manakala anak lelaki tadi mempuyai isteri yang setia mentaati nya.
Hebat bukan!! Tiada seorang yang terlepas dari disayangi dan dikasihi.

Seorang Ibu itu tersangat Pemaaf orangnya.
Walaupun anaknya berulang kali menyakiti hatinya,melukai hati nya,.namun dia masih lagi sudi menerima.Sanggup berkorban jiwa dan raga.Sekali pun kesalahan anaknya terlalu extreme. Di bibirnya masih menyatakan "Dia masih anak saya,lahir dari rahim saya".

Saya seorang ibu..Saya juga ada Ibu,,Saya minta Allah S.W.T memberkati anak saya. Dan saya berharap ibu saya meminta kepada Allah S.W.T memberkati saya.Amin.



 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei