Friday, November 25, 2011

Tersentuh Hati ......

Posted by Nina Jamil. at 6:01 AM 0 comments


Leganya...

Posted by Nina Jamil. at 4:22 AM 0 comments
Leganya.....hari ni mmg aku lega sgt2..duty rooster utk next month dh keluar..spt yg diharapkan nama aku tersenarai dlm ruangan Front office..setelah sebulan lebih membanting tulang di bahagian housekeeping..mmg jd pengalaman yg baik la jgk..setelah puas aku 'menyenye'(ni word mak aku kalau org ckp benda yg sama hari2) dkt   
supervisor housekeeper,F.O.M,akhirnya penantian akan berakhir ,.

Sepanjang aku keja bahagian housekeeping ni..lg byk la perangai manusia kita boleh tgk,kita boleh tau perangai org tue secara tak lansung..Walaupun pada sesetengah org kata housekeeping kerjanya kotor la,geli la..pada aku..okey la jgk..tak der la aku muntah masa kerja tue,makna nya aku boleh tahan la..aku dh pandai buat bedding..cleaning..leh la skit2 walaupun kerja aku tak sesempurna otai2 yg ada kt sana!but diaorg tak leh la nak komplen aku lelebih sbb aku bknnya base housekeeping ekk...aku nk belajar tue pun seribu 
rahmat..








Thursday, November 24, 2011

TAKDE CITER APE2 PUN!!

Posted by Nina Jamil. at 3:10 AM 0 comments
Dh lama tak update blog nie,.rasanya 'mood' ada untuk menulis..walaupun perut ni berkeroncong menunggu Mr.hubby antarkan burger!!hehehe

dlm few week nie,mmg busy sgt..padanla dh keje 2 tempat ni,.mmg takder masa nak berfb cm dulu..bila ada masa dirumah,masa tue digunakan sepenuhnya melayan kerenah My Little Adam tue.!!maklum umur Adam pun dh 2 tahun..bertambah la akai+kenakalan tahap maksima,.selalu la kena 'getu' dgn aku!!akittt
2 hari lepas Adam dgn mak aku pergi Langkawi..aku tak ikut,.tercicir la kami dua laki bini kt Penang,,maklumla end year mcm ni,,minta cuti mmg tak approve la..hotel busy gila2,org mcm ulat taik..kdg2 naik blur dh nk layan kerenah manusia nie..
Nak upload gambar Adam kt Langkawi pun gambar suma dlm henset ayah aku..nnt2 la kalau rajin aku upload,,kalau tak rajin tunggu la lama skit!!rasanya dh 10 thn aku tak jejak Pulau Mahsuri tue..tinggin nk pegi tp tak der rezeki lagi..asyik kerja ja,,sampai Adam pun mak ayah aku jer yg usung..kalau harap kami laki bini,alamatnya Adam tue asyik tgk dinding rumah ja la!!kalau ada cuti pun tak dk bajet,kalau ada bajet tak dk cuti..sampai bila2 la mcm ni jala,,!!


Wednesday, November 9, 2011

Kasih nya IBU..........

Posted by Nina Jamil. at 3:28 AM 0 comments
-Susu Terakhir buat si kecil-
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Selamat Hari Raya Aidil Adha,......

Posted by Nina Jamil. at 3:06 AM 0 comments

Selamat Hari Raya Aidil Adha,rasanya tak terlambat lagi nk wish kt sapa yg menyinggah kt sini !!
Tahun raya haji pun aku kena aku kena kerja,so tak der la apa-apa prepareation tue..mula2 tue rasa gk excited tunggu hari raya..tau2 tgk mak aku buat kari ayam,terus hilang feel nak raya tue..ikutkan tradition kitaorg,mak aku always tiap2 kali raya mesti masak nasi impit,kuah kacang n rendang ayam..tp kali nie menu berubah tekak ala2 mamak la plk...KARI AYAM..n aku dh agak yg tue mesti ayah aku yg request..!!frust la sesangat.!!
Pagi raya pas semayang raya..mak n ayah aku dh bersiap,.dgn anak aku disiapkan,,aku dh agak sure diaorg will angkut hero aku yg satu tue balik kg jgk,,so tinggalla kami laki kt umah umpama marka@ org baru kawin kt umah..lama gk la mak aku balik umah tok aku..ptg td baru balik mai sini balik..3 hari la jgk..lamanya sbb kt kg makcik2 aku ada buat korban lembu..so agak lamala jgk mak aku disana..kami laki bini kt umah dh mcm org tak tentu arah la..melilau sana sini...pegi makan rojak.,layan dvd tgh mlm cita al-hijab..pegi mcdonald cari wifi(sbb sangkut bil tak bayo lg)..punyala tak tentu arahnya hidup kitaorg 3 hari tue...totally tak dk mood raya langsung tahun ni...tp aku nk jgk wish selamat hari raya haji jgk taun ni....

p/s: windu momen2 kecik2 dulu,,kt kg kayuh beskat antaq dagingg umah ke umah..!!!


Tuesday, October 18, 2011

Adam latest check up di kk tg bungah..

Posted by Nina Jamil. at 4:03 AM 0 comments
ni cerita 4 hari sudah,,.aku baru bawak Adam p check up kat klinik kesihatan la..walaupun tarikh asal dia aku memandai ja tunda 2 minggu ..(klinik berani ler)!Adam kena follow up check up di dua tempat,,satu klinik kesihatan dan satu hospital besar,,yg klinik tue aku berani la skip2 ,,sbb selalu kalau pegi pun dia amik berat badan n ukur pjg jer,.n tanya benda biasa,mcm makan minum,.berak kencing..biasa la tue..

Tp hari tue aku pie,.ada satu lagi acara tambahan,,Acaranya ialah acara mkn ubat cacing,sedia maklumla
anak aku yg satu ni,,mmg azabla kalau nak bagi mkn ubat..ubat tue mmg kena mkn kt klinik jgk ..5 ml jer pun..tue pun jenuh memeras ugut,..tp tak lut jgk budak tue,.akhirnya aku terpaksa menggunakan kaedah paksaan,dgn kaedah itupun dia cuma boleh habiskan dlm 3 ml jer,,lg 2 ml telah dibuang oleh nurse kedlm sinki kerana tak thn dgn jeritan memedihkan telinga ..

Lepas selesai ke klinik,aku dan anak aku pun blah la dari klinik tue,.agaknya lagi bertambah fobia la anak aku nnt bila nmpk nurse baju putih tue,,dah la sebelum ni pun kalau nurse lalu jer dia dh menyelit menyorok konon2 nak main sembunyi2 la ..

So skrg ni just nk follow up check up pada 20 oct nnt jer,,nk p jumpa doc Ros kt GH...

Tuesday, October 11, 2011

Kembali Menulis ....

Posted by Nina Jamil. at 4:37 AM 0 comments
Assalamualaikum W.B.T..

Dah lama rasanya aku tak meng'update' blog aku ni,rasanya dh bersawang,,sarang labah-labah tergantung ala-ala rumah hantu gitu.Bknnya lupa untuk membuka blog sendiri atau ingin mematikankan terus blog ni..tp keadaan dan mood tak mengizinkan utk aku hapdate blog ni..Yerla sekarang ni jadual kerja dh semakin ketat..dah tak boleh nk bertenat 24 jam..dan lokasi bekerja aku dh bertambah kepada 2 lokasi.,biasala nk cari duit lebih ,,hati kena redha berusaha untuk mencari rezeki utk membantu suami tercinta..chewahhhhhhhhhhhhhhh..(belagak mithali la tu)

Adam pun dh semakin membesar.Umur dia dh pun 2 tahun 1 bulan..sekejap jer,,rasa cm semalam jer beranakkan dia..tp cakapnye masih lagi mempunyai campuran jerman dan itali ..huauhauhuha..i mean,dia tk lancar bercakap lagi..anak cousin aku yang muda 4 bulan dr dia dh lancar bercakap..dh boleh ajak bersembang dh..hhaha..mungkin faktor persekitaran mempengaruhi pertuturan dia..yerlah org lain keluarga dia besar,so yg berinteraksi dgn budak sebaya Adam ni lebih ramai,..tapi family aku ni kecik jer,,yang nk melayan dia pun mak bapak aku jerkan..so agak slow la skit dia nak bercakap..tp tak kisahlah selagi perkembangan dia normal,itu dah cukup membahagiakan aku dan suami..lagipun bukanlah dia tak reti cakap lansung..adalah yang kita boleh faham bila dia sembang dgn kita..hehehe contohnya..

Mama : Adam nak p mana ?

Adam : Teko! (maksud dia Tesco)

Mama : Naik apa?

Adam : Ta (maksud dia kereta)

2 beranak beraksi depan kamera!!
Lagi satu sekarang ni Adam dah pandai mintak nak susu n nak makan nasi...n kadang2 mengadu sakit belakang (gatal belakang)..dia sakit tue maksud dia gatal..heheh..Jadilah sementara nak besarkan!!







Sunday, August 28, 2011

...Aidilfitri سلامات هاري رايا

Posted by Nina Jamil. at 11:05 PM 0 comments

   
Lagi beberapa jam lagi seluruh umat islam akan menyambut Aidilfitri utk tahun ini.Setelah sebulan berpuasa,sedar2 tk sedar dh nak raya..Lazimnya hari raya ni,byk la kereta2 di atas jalan highway tue nak balik kampung,,tak kurang jgk yang bkn beragama islam pulak time ni diambil kersempatan utk bercuti bersama keluarga masing2.So tak heran la kalau hotel2 mmg full house la!!

Untuk tahun ni tema warna kami sekeluarga berwarna merah,tp sayang tahun ni aku dan suami tak dpt bercuti,terpaksa berkerja dipagi raya..(sedey tau)!!Jadi persiapan raya utk tahun nie byk tertumpu kepada anak aku.Ada jgk la kuih muih 5 6 jenis utk dijamu kalau ada tetamu yang sudi bertandang nanti.

Juadah istimewa yang ditunggu pada hari raya nnt tentula 'Rendang Ayam',rendang ayam mak aku mmg TERBAIK.Tak sabar nak meratah pagi esok ni,,hehehe

Plan yang telah disusun oleh ayah aku,memandangkan aku dan suami tak bercuti pada tahun ni,.Selepas sembahyang raya nanti,mak dgn ayah aku bwk anak aku pegi balik kampung sekejap..kesian la anak aku yang satu tue,,beraya dgn tok n tok wan jerla..abah mama tk cuti!!

Dah la..Tak perla aku korban kan suasana raya aku utk taun nie..kalau ada rezeki taun depan boleh raya lagi..!

So kepada semua yang mengenali aku,,,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin.

Tuesday, August 23, 2011

Dimanakan Ku Cari Ganti....♥♥♥

Posted by Nina Jamil. at 12:34 PM 0 comments

Masa first time aku dgr lagu ni,masa tue aku dalam kereta,,.tertarik sungguh aku dgn bait2 lirik lagu ni...Lagu nie mengingatkan aku kepada seseorang...dan org tue telah tiada...!!

Orang itu ialah arwah 'tok oi' aku.,,ada jugak ingat nak buat video khas utk dia,tetapi masa tk mengizinkan aku lagi,dgn kelengkapan yang terhad,membuatkan hasrat aku itu hanya terpendam dlm hati..yerla 5,10 tahun lepas orang tangkap gambar pakai kamera kodak jer,,so manaleh upload terus dlm komputer melainkan kalau adaa scanner sendiri,..sbb tuelah membataskan hasrat aku..hala nak buat satu2 video tribute ni.,memerlukan mood yang cukup kuat,baru hasilnya menarikkan...

'tok oi',very special dalam hidup aku,tak ada dua tak ada tiga,,dia tak sama mcm org lain,dia ada keistemewaan tersendiri,..dh 6 tahun lebih dia pergi,,tp kekadang aku masih ingat kan dia...tk pernah lupa..ingatan aku pada dia masih kuat,,.masih berbunga lagi tk pernah luruh...

Suatu malam yang lepas aku ada bermimpikan dia.,dia dtg tk byk cakap..cuma dlm mimpi dia mintak gambar anak aku..Aku rasa cm dia masih ada kt kampung tue,cuma aku yang tk pernah jenguk lagi...Ya Allah kau tempatkan lah dia bersama bersama orang yang soleh..Aminnn..Al-fatihah..

Saturday, August 20, 2011

Kuih Raya 2011...Home made!!

Posted by Nina Jamil. at 9:39 PM 0 comments
Tahun nie mmg aku dh merancang nk wt kuih raya sendiri,dari awal2 lagi mak aku dah g beli oven baru utk merealisasikan cita2 aku nk buat kuih sendiri.

So sekarang sedar tak sedar dh 18 hari kita berpuasa,dan masa nie la masanya nak mula2 jinak buat kuih raya.Berbekal resepi yang dikutip dari internet,dan barang2 yang di borong di Tesco,aku bertambah semangat la nak jd chef dia dapur,.

Rancangnya tahun ni aku nak buat 5 jenis biskut n 1 kek choco moist.utk choco moist tue tk jadi hal la sbbnya hari2 biasa pun aku rajin buat.Cuma biskut ni kira macam new experience la.

Untuk 2 hari aku bertungkus lumus 2 malam di dapur,walaupun siang harinya aku berkerja,tetapi semangatnyer nak main tepung tue,tido kul 1 pagi bangun kul 5 pagi pun aku sanggup.Alhamdullillah usaha aku berbaloi,semua biskut aku,buat masa ni tiga jenis muanya menjadi walaupun rupanya tak berapa nak molek..heehehehe


biskut choco.'dh rupa biskut marry jer'

biskut cornflakes.

biskut semprit belakang buaya.

Buat masa ni,aku baru dapat 3 jenis ni jer,..nnt ingt nak buat lagi,yang tgh dalam pembikinan sekarang ni,.biskut aiskrim,dh siap ..cuma nak tinggal celup coklat jer lg,.pastu nak buat biskut almond london,biskut pasir..n nnt dkt raya aku nak buat kek coklat moist..huhuhu..

Nampaknyer taun ni mua biskut aku suma homemade...angin rajin sudah sampai la ni,kalau tk jgn harap ler...

Thursday, August 11, 2011

Nilai Manusia.....diMata Insan..

Posted by Nina Jamil. at 12:11 AM 0 comments
Manusia kecil
 
Manusia Tua

Tadi sewaktu melayan video-video yang ada di Youtube ,tiba-tiba hati ini tersentak seketika melihat aksi-aksi kekejaman dan kebodohan manusia yang dirakamkan terhadap insan kecil mahupun dewasa.Tercuit hati kecil aku,dimana hilangnya kemanusiaan,rasa kasih sayang dan kecintaan sesama manusia.Tak adakah rasa kasihan dan simpati terhadap sesama manusia.

Inilah pemikiran abnormal sesetengah manusia,ada yang sanggup menghumban bayi sendiri,menikam bapa sendiri,membunuh untuk wang,.dan macam hal yang adakalanya macam tak masuk akal,dan kadang2 manusia sendiri bagaikan susah menerima bahawa sesetengah kejadian keji dan kejam itu dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia.

Menyentuh tentang pembuangan bayi,sekarang ni kes ni dah jadi macam hal biasa,takde yang terkejut hal nie.,kalau setakat terbaca seorang bayi ditinggal di perhentian bus,depan rumah,dekat surau.,mulut seseorang itu tidak akan ternganga lagi ketika membaca akhbar,kerana ini dah jadi kes biasa..(sbb dh selalu keluar),melainkan kalau berita sadis dan kejam yang menimpa insan kecik itu,seperti dihumban dari tingkat sembilan ataupun dibuang dari kenderaan bergerak ,itu barulah kejadian menggemparkan negara,..bykla kedengaran komen dari wakil2 masyarakat..Bagi aku kewujudan "BABY HATCH"adalah satu tindakan yang baik untuk menyelamatkan nyawa bayi2 yang tak berdosa itu.Walaupun kedengaran sesetengah komen menyatakan tindakan itu kurang bijak,tetapi ia lebih mulia kerana ia bertindak sebagai tempat perlindungan,sekurang-kurangnya 1,2,3 orang terselamat dari lemas dalam longkang atas membusuk dihanyut sungai.

Tetapi tak dapat disangkal didikan keluarga adalah kunci moral seseorang,dan perlu diingatkan jikalau seseorang bermasalah dengan moralnya,komuniti pulak tidak boleh menuding jari terus kepada ibu-bapa,kerana remaja atau belia sekarang bukannya jenis yang berkurung dalam rumah saja,tapi mereka juga mempunyai susur jalur komunikasi yang luas,jadi susah bagi ibu-bapa untuk menapis pergaulan anak-anak itu sendiri,.pada masa itu kebijaksanaaan seseorang itu boleh dilihat dengan pergaulan sekelilingnya.

Disana nnt dia akan menuntut bela diMAhkamah Allah

Tak kurang dengan bayi yang dibuang,ada juga yang dihina,dipersendakan kerana kecacatan.,tak kirala sekecil mana,sebesar mana,sepelik mana,sehodoh mana sekali pun,selagi ia dilahirkan melalui rahim seorang manusia ,dia tetap dinamakan manusia.Ini tidak sesetengah membenci anak,atau ibu bapa sendiri kerana kecacatan atau ketidakmampuan mereka untuk menguruskan hidup mereka dengan lebih sempurna.Ada yang malu untuk memperkenalkan kepada masyarakat kerana bimbang pandangan serong masyarakat sekeliling.


Seperti video yang dilihat diatas,dia bukanlah anak alien atau pun anak binatang,,ia adalah manusia,tp boleh lihat bagaimana kurang ajarnya pelakuan staff perubatan itu,sewenang-wenang memegang bayi itu tanpa simpati dan mendudukkan dia bagaikan binatang,..sungguh itulah satu penghinaan kepada manusia..Sehodoh atau sepelik mananya dia,bagi hati yang penuh sifat keibuaan yang normal pasti menitis airmata bila menyaksikan nasib seorang insan kerdil ini.Semoga orang yg memperlakukan dia dengan kasar dan tidak beretika itu mendapat imbalan setimpal dari maha pencipta.

Untuk kita yang telah berjaya melangkau fasa dewasa,dan apabila boleh berdikari sendiri,boleh dilihat berapa ramai warga2 tua dihumban di rumah kebajikan..tiada siapa menjenguk,,tiada siapa datang meminta diriba,diminta disuap makannya..kerana pada masa umur seseorang itu sudah tua..diaanggap mereka tidak berguna lagi.sedangkan dulunya..diribanya itu diriba 12 orang anaknya,dicuci berak 12 anaknya,tangannya itu menyuap 12 mulut,dihantar 12 anaknya semua mendapat pendidikan tertinggi..dan kini 12 anaknya itu tidak mampu menyuap satu mulut ibunya,menyikat rambut di 1 kepala ibunya sendiri..sungguh 12 anak itu tidak mampu,kerana mereka merasakan jijik,renyah..geli..jatuh status.Seringkali aku ini mengingati diri aku,sejauh mana jahatnya diri ini,hinanya diri ini,.suatu masa ibu bapa aku tak mampu melakukan apa saja,ingin aku bisikan kepada jangan risau...aku akan jaga sebagaimana mereka menjaga ibu bapa mereka,..kerana aku juga tak mahu anak aku menghumban aku di rumah kebajikan suatu hari nnt..kerana kehidupan ini ibarat roda..ia akan berputar dan kita akan merasa apa yang dirasai oleh orang sebelum kita.



 



Kepada Manusia bernama insan,hargailah Manusia..kerana melambangkan Kamu seorang Insan.





Tuesday, August 9, 2011

Makanan Pilihan sewaktu Berbuka..

Posted by Nina Jamil. at 11:43 PM 0 comments
berpuasa  ni sebulan dalam setahun..dan masa ni la ramai orang ambil kesempatan cari duit raya dengan berniaga di pasar-pasar ramadhan..sekali melangkah ker pasar ramadhan tue memang rambang mata,.berjalan dengan perut lapar,mata ni meliar singgah dari satu gerai ke satu gerai..,jgn terkejut kalau pegi bermodalkan RM50 ,balik nnt berbaki RM1 jer,,huhuh..itu mmg namanya membeli ikut nafsu..,

Bagi aku dan family aku,mmg mak aku dah ada kesedaran sewaktu berbelanja kt pasar ramadhan tue,selalu bwk duit RM20 jer..jgn bwk lebih..nnt bukan takat makanan diborongnyer,dengan kain tudung,baju blouse pun boleh disambar,main dgn mata si rambang ni.So beli apa yang patut jer,.dah pernah terjadi beli itu ini,.sampai penuh tangan,last2 tiba time berbuka makannya tak seberapa..akhirnya semuanya selamat ke tong sampah jer,..kan tak pasal..tersenarai dalam friendlist "setan"...heheh

Kalau ayah aku time bulan puasa,mak aku cakap dia ngada-ngada! Dia tak nak mkn ikan ker ayam ker.,dia nak mkn daging jer..n of coz la kari kan..dah memang peberet dia..mmg tak leh kata apa dh..n satu lagi ayah aku time posa ni  dia suka mkn nasi dgn acar buah..so benda ni leh jumpa kt umah aku time bulan puasa jer..

amik dr google jer,bkn masak sendiri ni

Kalau aku dengan mak aku plak,kami berdua lebih berbuka dengan makanan lain selain nasi ..contohnya bihun gorengker,bihun singapore ker,mee ker,,laki aku pun sama,dia senang,,tk byk cerewet,apa yang ada atas meja dia sebat jer..janji perut dia kenyang..hahaha }senang la spt laki cm tue kan...hahahah

Kalau bab kuih-muih,mmg kami sekeluarga prefer yang pedas berbanding yang manis2..kira peberet sefamily ni,ialah cucur udang..letakla berapa pinggan mmg licin,..antara lainnya murtabak pun laku gk..bergantung pada rasa jgk la..so kuih kegemaran kami sekeluarga ni la dia :,

cucur udang
murtabak
kuih talam ubi
                                              
paktongko
ayam percik...
popia goreng.

Inila antara juadah berbuka selalu kami beli sewaktu berbuka puasa..hari2 tukar2 menu..benda ni bolleh dapat hari2 kalau bulan puasa,berbanding kalau bulan lain,boleh dapat pada hari ada pasar malam ...

Tapi suatu perkara sunat yang harus di utamakan sewaktu bulan puasa sewaktu berbuka..benda nilah..mmg untung sapa yang berniaga makanan sunnah ni..heheh

kurma
Amalkan makan 2 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur yer anak2 sekalian...heheheh

Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua....
                                            




Blog Aku bersalin Baju Lagi!!!

Posted by Nina Jamil. at 10:36 PM 0 comments
Heee..hari ini macam biasa keja aku kat sini mengulat ajer,maksud aku mengulat tue bkn malas buat kerja,tp mmg tak ader kerja nak buat,biasa la bulan2 puasa mmg bisnes slow bertembung la pulak dgn bulan "HUNGRY GHOST"dlm kepercayaan cina,mmg kurang la kat hotel ni kan..
  dah duduk saja2 tue kan tangan tue pun menggatal la g buka netbook tue.tgk kan blog ni dah rasa cm jemu plk wallpaper ni!aku ni bkn nyer pro bab nak edit2 background ni,,.header blog aku tue pun aku buat berapa lama baru la jadi,padan la sampai dh nek rabun nak refer dr blog2 otai yang lain.
Bagi aku yg lulusan tadika kemas dalam bab-bab internet,computer mua ni..aku mencari cara mudah jer...so aku selalu amik background kat sini http://www.thecutestblogontheblock.com/ .kat situ korang boleh pilih mana background yang cantik untuk blog korang,nak apply kt blog pun senang just copy n paste kod saja..(sesuai la utk newbies cam aku ni)..selain daripada tue ada gak animation cute2 untuk blog korang,,pendek kata kita ni kena rajin jalan2 ke blog org lain,sambil tue kutip2 la ilmu dari diaorang,,walaupun sesetengah blog tue untuk mendapatkan pendapatan,tp aku berblogging ni sekadar nak meluahkan perasaaan dan memahatkan perkembangan anak aku aja..so aku tak berapa amik kisah tentang follower ni..kalau ada org baca 'Alhamdullillah...tak ada pun tak apa..ada aku kisah ..hehehe

Untuk kali KeDua............

Posted by Nina Jamil. at 2:28 AM 1 comments

Kelmarin,jadila ceritanya,slalu shift aku abih pukul 7 petang,sempat la bergegas balik bukak puasa kt rumah.Macam biasa pukul 6.30 Pm aku dh siap2 standby tutup shift,total cash untuk shift aku,.dalam 10 min semuanya siap,tinggal stanby bag n helmet saja menunggu Mr.Hubby dtg amik.Tak disangka laki aku datang awal kelmarin,tak pa la,aku suruh dia tunggu kt garden mcm biasa,sangka aku kejap lagi sampai la kawan aku yang nak take over shift aku ni,,.tp lama kelamaan,tunggu punya tunggu,..batang idung pun tak nampak,aku try call kawan aku yg itu,tak berjawab!teringat pesan dia dulu "kalau Abg Razi off mmg tak jwb la fon",aku dah merasakan ada yang tak kena,mustahil kalau dia kerja dia tk jwb fon,slalunya kalau dia lambat,dia akan call bagi tau aku.Jam dah menunjukkan pukul 7.20 pm,lagi 14 minit ja lagi nak berbuka,anggaran aku mmg tak sempat..aku try call other branch nak confirm duty roster tue,alangkan terkesimanya aku,tau tau kawan aku tue rupanya off day,staff yang kt sini pun off,.dh dua-dua off sapa yang nak take over shift aku,,dah tak ke kacau haru biru aku dibuatnya..dengan perut lapar lg,dgn laki kelam kabut suruh cepat..aku tak der la sampai hati nak tinggal kaunter jd tak berpenunggu kt situ,buatnya nnt hilang duit ker,pc kena rompak ker,tak ker yang nak menjawabnya itu "AKU"..
Akhirnya aku pun gagahkanlah tangan call sorang staff foreigner ni,selama ni mmg aku ada ajar dia skit2 bab nak jaga kaunter,nak check in guest,ternyata selama ni aku tak rugi berkongsi ilmu serba sikit dgn dia,sbb emergency camni ada gunanya jgk!Aku contact plak sorang lg staff,dia kena dtg keja jgk mlm ni,lambat pun tk apala..masukla pukul 9 pun aku tak kisah,janji ada org cover shift malam..Pukul 7.30pm aku pun balikla,lantak apa nak jadi kt kaunter tue,asal ada org jaga sudah,aku dh tak tahan,.perut dah berkeroncong weiii...aku ingat takat tue jala benda yang buat aku berasa sangat tidak best pada hari tue,rupanya ada lg benda yang lagi tak best dari kes tu..
Pagi tadi mcm biasa aku masuk keja kul 7 pg ,tergerak aku nak tgk duty rooster yang baru di faxkan semalam.,semalam tak sempat nak belek lebih,.kelam kabut nak balik bukak puasa,..tgk2 yang mula...jeng..jeng..jeng...overtime dah kena potong skit..sbbnya staff yang kena hantar pegi Shah Alam tue,balik sini balik..tak kisahla..sgt..walaupun ia bakal mengganggu gugat sistem kewangan aku skit..aku relaks lg,,tgk makin kekanan dan kekanan...dhhhh...CUTI RAYA AKU DITARIK BALIK ..hari raya pertama dan kedua aku kena keja 7pg sampai 7 mlm...Raya ketiga baru dapat cuti..WTF...hati ni dh menyumpah seranah dh..berapa banyak staff melayu kt branch kt Penang ni,,sorang pun tk dpt cuti..terasa cm dizalimi pun ada jgk..ckp dgn manager pun,manager pun tak boleh buat apa..aku pun malas2 nak byk songeh ..menyambut ceria saja la gaji double tue nanti..walaupun ni tahun yang kedua aku beraya kat tempat keja..nasib baik aku bertanya kat laki aku,cuti tak raya nanti?dia jawab dia tak cuti..aku tak tau nak kata pa..sian jugak dekat buah hati aku..pagi2 raya mama dengan abah dia kena kerja..kalau ada can aku angkut anak aku bwk pegi tmpt keja..ada aku kisah ..tak bagi aku cuti..aku bwak anak aku mai raya kt hotel dgn aku......hahahahaha...

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wa Sahlan YA RAMADHAN..

Posted by Nina Jamil. at 11:04 PM 0 comments

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak,..Alhamdullillah untuk kali ini kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yg penuh berkat ini....(bunyi dh mcm muqaddimah forum perdana jer)..

Btw,Selamat Berpuasa dan bersahur kepada semua muslimin dan muslimat ..semoga Ramadhan kali ini kita cuba untuk melakukan dengan lebih baik berbanding tahun2 yg lalu..

Kalau masa aku kecik2 dulu bulan posa mmg best,sebab leh main sampai kemlm,sbb syaitan semua dh kena ikat..jd la lepas balik mengaji ramai2 la cari port nk cucuh mercun..masa tue la moment yg best sekali,tp sekarang dh berkeluarga tumpuan dh beralih coraknya..semuanya hanya tertumpu kepada si kecil dan keluarga,,berapa helai baju raya untuk anak,berapa bajet kuih raya,duit raya untuk budak2..mmg agak gementar bila berhadapan dgn syawal apabila sudah berkeluarga,.so far,sampai hari ni posa dh nk mula esok hari,setengah org dh berlumba g tempah  bju raya,tp aku wt dek jer lg..mudah beli siap dan menumpukan kepada yang lain dahulu..

Ramadhan jgk memberi satu kenangan paling indah dalam hidup aku,sbbnya..aku melahirkan buah hati aku pada bulan yg mulia ini pada 2009..sejak dari itu aku lebih menghayati Ramadhan dan pada aku itulah hadiah terindah buat aku.



Saturday, July 9, 2011

Aku TAk PernAH LUPA!!!!

Posted by Nina Jamil. at 8:25 AM 0 comments
Suatu masa dahulu kau aku bertemu,
Hanya pada pandangan biasa,
Tiada yg istemewa padamu pada pandangan aku..
Sama,serupa cuma berbeza wajah...

Kau berjalan,adakala berlari,
Aku juga sama,
Dipersimpangan itu kita bersua,
Hanya senyum,dan sikit sapaan..
Aku hanya memandang sunyi,
Padaku engkau tiada erti...

Hari berganti hari,bulan melangkau bulan,
Bagai ditakdir tuhan,memulakan kisah sepertikan direncanakan,
Jalan kau aku serupa,tp berbeza haluan..

Pada hari itu.,engkau aku memula bicara,
Tanpa aku duga,rupanya ada cerita untuk kita berdua..
Lalu kata berbait kata..disitu bermula segala-gala..

Mula kau  kenali aku pada nama,
kini cuba menembusi hati..
kerana aku jua berasa sudi..

Bertahun-tahun bersama,hanya spt pasangan biasa..
cuma bijak memintal kata,
leka terbuai dihanyun asmara...
tanpa sedar dugaan kuat bakal melanda..
jauh sekali benarnya dari impian kita..

Sedaya upaya kita cuma mengarang kisah kita,
supaya sedap didengar dan dicerita,
namun apa daya,taufan melanda,
menbadai semua rencana yg dicipta..

Namun kita teguh bersama,
hati ibarat batu di gua..
walaupun dihempuk atau dilanyak,
hanya berdiri bersama-sama..

Dimana lurah tak dituruni,
Dimana liku tak kita susuri,
arus deras cuba rentasi,
hanya cuma ikut kemahuan hati..

terus terlena dalam airmata,
fikiran buntu,hati mula buta.,
fikirkan kekasih yang telah hilang,
nekad berlari ke dalam dakapan..

tak ku sangka kau jua begitu,
bergenang airmata tak siapa tahu,
mula bertekad hatiku hatimu,
mungkin ini jalan terakhir buat kita,

Langkah berdua di tempat itu,
melangkah untuk mencari noktah,
Kau bersila,tegak,cuba mengumpul semangat,
Aku disisi tunduk diam,pasrah segalanya..

Tangan dihulur lalu kau paut,
menyusun kata dalam kesyahduan,
ibarat mimpi yang kedengaran,
berlangsunglah segalanya serba kekurangan..
kudengar "aku terima nikahnya ............
ku tersentak ketika lafaz taklik kau bacakan
tersedar aku dr lamunan,inilah suratan
takdir buat kita yang direncanakan..hanya redha dengan ketentuan..

Sedari itu,kita cuba berdiri..
pernah sekali engkau bergari,hanya kerana mempertahankan
pondok cinta ini...dr situ aku kuat,kerana aku bukan keseorangan
Kini Adamku sedia berkorban..

Kita cuba mencari punca,
tetapi semua menikam kita,adakala menjerut leher kita
hati ditusuk kata-kata berbisa
namun kita hanya membisu.,
kerana itu lidah mereka,dimata mereka kita ini hina..

Terus kita menebal muka,
hanya untuk diterima manusia,
yg bakal bertanya segalanya,
cuba membuka pekung didada kita,

Namun kini,ada juga sinar buat kita
dikurnia permata yang ternilai,
dipermudahkan jua segala-gala,
kelahirannya menutup nestapa..

Namun ada ketika,ungkit mengungkit itu biasa
untuk kami yang berdosa,
modal mereka untuk melepas duka..

Hanya yang kami mampu buat,
Sabar,Redha dan Diam
Kerana kami ini tak sempurna,
Kata kami tiada guna...

Buat Suamiku,
Terima kasih................
kerana mencintai aku,kerana tetap untuk bersamaku
Moga pondok cinta ini kekal ke ahkir hayat,,,,,,,,,,

INA SAYANG ABG,,,,,,,,.......
words wht u always said,.."selagi ada manusia dibumi ini,selagi  itu abg syg ina"..terima kasih sering melagukan kata itu di telingaku.............................

Sunday, July 3, 2011

10 Hotel Ter "PELIK" di Dunia..!!!

Posted by Nina Jamil. at 5:01 AM 0 comments
Td aku jalan searh benda pelik kt google..aku terjumpa la gambar2 nie,.gambar berkenaan hotel yang "PELIK" di dunia..Bg aku yang kerja kt hotel ( hotel budget jer pun ),mcm best plk tgk gambar hotel pelik ni.,bayangkan kalau hotel nie ada kt Malaysia..kompon hari2 fully booked la kot,!!rating plk jd 10 bintang la ! So lets check it out..>>


Madonna Inn ( sure fan Madonna ni )






Setiap satu daripada 110 bilik di Inn Madonna mempunyai tema yang berbeza: musang & anjing, suite Austria, negara budiman, kereta antik, suite pemain golf , hebat zaman 50 an, dan sebagainya. Hotel yang terletak berhampiran San Luis Obispo, California, telah terbuka selama hampir 50 tahun.
>sure owner hotel ni ada budget besar..kalau aku nk try tema negara budiman!Budiman mcm mana la agaknya :P (berangan ler nak sampai sana)..
Hotel Costa Verde.

 Hotel Costa Verde di Costa Rica  sebenarnya seolah-olah seperti suatu tempat yang indah untuk dilawati. Terletak di sepanjang Pantai Pasifik pantai Manuel Antonio National Park berhampiran bandar yang dipanggil Quepos. Hotel ini menawarkan bilik dan suite biasa tetapi bilik yang menonjol adalah yang paling "vintage" 1965,  pesawat 727 terletak ke tebing.Suite, yang menawarkan dua bilik tidur, telah diubahsuai sepenuhnya dengan panel kayu jati oleh pemilik hotel. Pasti, ia adalah satu idea ganjil, tetapi unik dan berlainan serta ada keistemewaannya tersendiri.

> Kt mana la dia beli bangkai kapal terbang tue,atau dia kutip dlm hutan jer! mmg kreatif mamat nie. Tgk tempat ni teringat novel ahadiat akashah " pilot cafe "..

Daspark


Dibahagian tepi sungai di  Ottensheim, Austria, terletak sebuah hotel motonya "bayar yang anda mampu ". Hotel ini dipanggil Daspark. Hotel bersesuai dgn motonya kerana ia dibina hanya menggunakan palung ( orang utara "kok").Bilik ini dilengkapi dgn katil dan lampu meja,ruag penyimpanan kecil dan electik.Bilik mandi dan kafe disediakan di kawasan awam sekitar taman itu.

>Daspark = desprate..hahahaha, jgnla kt Malaysia ada hotel mcm ni,bertambah lingkupla remaja2 yang ada..lg bertambahla gejala buang bayi..Owner yang buat hotel ni tak der bajet tp berminat dgn perhotelan,maybe timbul la idea ini,.ataupun kerap kali dia berjumpa couple2 kt kawasan situ "bermesra tak hengat ",jd dia buat la tempat mcm ni..at least  tertutup dan motonya "hanya bayar yg anda mampu"...

Elkep Evi.

.

Elkep Evi adalah hotel yang dibina didalam pembentukkan batu gunung berapi pada puncak tertinggi Urgup,Turki. Setiap gua didalamnya dijadikan bilik yang dipanggil " claustrophobic".
dan tersedia dengan teres peribadi.Ia juga ada pemandangan bandar Taman Negara Gerome.

> Unik dan santai rasanya. kembali ke zaman purba la..duduk dlm gua..hihihihih

Rotterdam.

 
Bercakap tentang pemandangan yang cantik. Bekas menara TV Rotterdam,Belanda telah ditukar kepada hotel separuh mewah (semi-private luxury hotel ). Pada paras tertinggi terletak 2 suite (ketinggian 364 kaki) lengkap dgn pemandangan bandar yang indah. Di pusat menara ini (ketinggian 52 kaki ) terdapat restoran,kelab dan bilik mesyuarat.

>orang gayat tak boleh menginap di hotel ini.

Shady Dell.


Shady Dell terletak di Bisbee,Arizona, adalah 9 kediaman treler aluminium vintage yang dibaik pulih sepenuhnnya. ' The Royal Mansion ' adalah sebuah treler yang dibina pada tahun 1951, dilengkapi dengan permaidani kulit harimau dan gerai untuk sarapan dan makan malam.Manakala  'Tiki Bus Istana Polynesia' mempunyai katir bar ukiran tangan dan dewa Tiki.

>Dinegara barat menjadi kebiasaan tinggal didalam treler. kt Malaysia mmg tak nmpk la org tinggal dlm ni,melainkan di tapak pembinaan jer..hehehe

Utter Inn.


The Utter Inn yang terletak di Sweden Lake Malaren bermula sebagai projek seni oleh Mikael Genberg dan ia kini dibuka untuk pengunjung. Bersifat hotel under water. Tetamu tiba di hotel dengan menaiki bot dan di bebas melakukan sebarang aktiviti.Bagi yang menginginkan percutian yang sedikit mewah,seseorang boleh membawa kepada tetamu makanan malam pada waktu petang.Aktiviti yang disediakan adalah berenang,berjemur,berkenu dan memancing.

>nampak cm sempit jer tempat ni..rasanya kt Malaysia ada tempat lg best dr nie..

Waitanic.


The waitanic terletak di Taman Woodlyn New Zealand. Ia adalah bekas kapal  patrol perang kedua yang dibina pada tahun 1942.Hanya 12 unit dibina untuk berkhidmat sebagai peronda anti kapal selam pada perang .  Kapal itu dilengkapi dengan 4 suite terletak di tengah-tengah laman tersebut.

> Siapa yang nak romantic ala2 cita Titanic leh la dtg ke hotel ni.!!

Ice Hotel.


Ini adalah musim 21 untuk Hotel Ais, yang terletak di pekan kecilJukkasjärvi, Sweden. Hotel ini menawarkan panas atau sejuk bilik(membawa seluar haba anda!) Dan dibina semula setiap musim dengan ais baru (bilik terus "dibuka" sepanjang musim) sebagai projek seni.

>sejuk giler la kalau tinggal kt hotel ni..kalau aku tak mau tinggal kt hotel ni ..kerana ia mengundang siksa di musim sejuk..

Dog Bark Park Inn.


The Dog Bark Park Inn di Cottonwood, Idaho adalah hotel berkonsepkan makan dan tidur dan ia direkodkan sebagai Beagle Terbesar Dunia. Pintu masuk hotel terletak di dek cerita 2 di tengah-tengah anjing pemburu dan kepala anjing menyediakan ruang tidur (oh dan pemilik adalahpengukir, jadi hiasan adalah ihsan mereka).

>Untuk Pencinta haiwan dan pemilik anjing bolehlah dtg kesini..tentu puas  hati..


Saturday, July 2, 2011

Bila Adam Balik Kampung...sunyi :((

Posted by Nina Jamil. at 5:49 AM 0 comments
Hari ni 2 Julai 2011..

  Hari ni mama sorang dgn abah berdua jer kt rumah,.Adam,Wan n Mak Tok balik umah nenek kt kampung.
Mama tak boleh ikut sekali sbb mama keja la..Mak tok ckp kt kampung hari nie ada kenduri kt umah tok ayah,,tok long buat kenduri untk aunty Wada..majlis doa selamat sbb Aunty Wada dh dh abih study..pas ni aunty wada jd doc la..mcm aunty anis kan!!heheehe

Mak tok ckp kt mama,mlm ni mak tok dgn Adam overnight jer kt umah tok,.mak tok mls nak balik,.dia ckp Wan suka tergedik-gedik nak balik cpt,so kalau ckp nak tido sana puas hati,tak der la Wan sibuk nak ajak balik..nnt Wan terus jer pegi keja dr umah tok..

Adam hari ni pegi umah tok bwk basikal baru kan??? basikal merah yang kita baru beli kt tesco tue,.Adam guling2 punya nak basikal tue..nak tak nak mama kena beli jgk..kalau tak adam tak nak bangun n tak nak berenti menangis..jd sekarang ni adam ada satu kereta n satu basikal dh..tukar2 la naik,..jgn bebai2 lg..nnt mak tok dgn mama babap baru tau (tak mcm abah yg tk penah jentik pun Adam) itu pasal la Adam mengada-,mengada sgt sekrg ni..

Adam,nntkan Adam balik umah kita,maybe la nenek ikut sekali dtg umah kita.Nenek dh lama tak dtg umah kita sejak umah kita goyang pasal gempa bumi kt indon hari tue..sejak tue nenek takut dh nk dtg umah kita,..hala sure la nenek takut ..mama dgn mak tok kelam kabut heret nenek turun cpt2.(umah kita tingkt 11) sure cuak giler time tue..abah dh stanby nak dukung nenek turun bawah..lucky masa tue lift tak sangkut n kita sempat turun ke bawah naik lift kan..Sejak tue la nenek takut dtg umah kita lg..cian nenek..

Tp 2 minggu lepas nenek ada ckp dia teringin nak dtg umah kita,.so mama slalu la tanya wan,bila la wan nak amik nenek..tp wan adam kan slalu bz..so hope esok harap2 nenek ikut adam balik skali dtg umah kita kan...
Maybe mama rindu kt nenek kot (coz mama keep asking wan to amik nenek dtg umah) cuma mama tak show up jer,..of cos sometimes mama missed them..

Adam malam ni mama tido berdua jer dgn abah.,sure mati kutu la mama berdua malam ni..tak der nak gelak2 usik2 adam malam ni..tp nak buat mcm mana,mama seorang ibu yang bekerja sayang,so kdg2 byk time yang kita tak dpt spent together,.but believe me my dear..mua yang mama buat ni utk kesenangan kita semua.,Mama pegi keja cari duit untk beli susu,baju adam cantik2 okey,,

Adam duduk umah tok mama tau,sure adam nakal n buas sgt..coz umah tok luas ada laman so adam suka la lari2 main pasir kan.Kt umah kita adam selalu jer terkurung kt dlm umah..Main la dgn moto kereta adam yang berbakul-bakul kt umah tue..kt umah tok tak der mainan pun tak per,kawan2 ramai walaupun adam yang muda,tp adam pandai berkawan..anak mama kan so friendly mcm mama gk kan.!

So nnt hari isnin nie 4 Julai 2011,Mama dh amik cuti dh nak bwk adam pegi hospital pegi check up dkt klinik 004 pegi jumpa doc Ros..heheh..harap2 suma okey jer la kan,,n mintak2 nnt Adam tak pyh pakai pump dh,.

okey,,.Good night my Darling..malam ni tido mimpi mama tau sayang...i miss u so much

Basikal baru Adam

sibuk la heret basikal dia!!


Adam dgn Abah (muka abah minyak sbb baru balik keja)

Gigi Artis Hollywood Sebelum Dan Selepas Berjumpa Doktor Gigi!!

Posted by Nina Jamil. at 4:26 AM 0 comments
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Zac Efron.
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Tom Cruise
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Victoria Beckham
Famous Smiles. Before and After (10 images)
David Beckham
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Catherine Zete-Jones
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Liam Gallaghe
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Celine Dion
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Hilary Duff
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Nicholas Cage
Famous Smiles. Before and After (10 images)
Cheryl Cole


P/s : Gigi Yang cantik juga menberi keyakinan tambahan utk kita berkomunikasi.
dominant m

 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei