Friday, November 25, 2011

Tersentuh Hati ......

Posted by Nina Jamil. at 6:01 AM 0 comments


Leganya...

Posted by Nina Jamil. at 4:22 AM 0 comments
Leganya.....hari ni mmg aku lega sgt2..duty rooster utk next month dh keluar..spt yg diharapkan nama aku tersenarai dlm ruangan Front office..setelah sebulan lebih membanting tulang di bahagian housekeeping..mmg jd pengalaman yg baik la jgk..setelah puas aku 'menyenye'(ni word mak aku kalau org ckp benda yg sama hari2) dkt   
supervisor housekeeper,F.O.M,akhirnya penantian akan berakhir ,.

Sepanjang aku keja bahagian housekeeping ni..lg byk la perangai manusia kita boleh tgk,kita boleh tau perangai org tue secara tak lansung..Walaupun pada sesetengah org kata housekeeping kerjanya kotor la,geli la..pada aku..okey la jgk..tak der la aku muntah masa kerja tue,makna nya aku boleh tahan la..aku dh pandai buat bedding..cleaning..leh la skit2 walaupun kerja aku tak sesempurna otai2 yg ada kt sana!but diaorg tak leh la nak komplen aku lelebih sbb aku bknnya base housekeeping ekk...aku nk belajar tue pun seribu 
rahmat..








Thursday, November 24, 2011

TAKDE CITER APE2 PUN!!

Posted by Nina Jamil. at 3:10 AM 0 comments
Dh lama tak update blog nie,.rasanya 'mood' ada untuk menulis..walaupun perut ni berkeroncong menunggu Mr.hubby antarkan burger!!hehehe

dlm few week nie,mmg busy sgt..padanla dh keje 2 tempat ni,.mmg takder masa nak berfb cm dulu..bila ada masa dirumah,masa tue digunakan sepenuhnya melayan kerenah My Little Adam tue.!!maklum umur Adam pun dh 2 tahun..bertambah la akai+kenakalan tahap maksima,.selalu la kena 'getu' dgn aku!!akittt
2 hari lepas Adam dgn mak aku pergi Langkawi..aku tak ikut,.tercicir la kami dua laki bini kt Penang,,maklumla end year mcm ni,,minta cuti mmg tak approve la..hotel busy gila2,org mcm ulat taik..kdg2 naik blur dh nk layan kerenah manusia nie..
Nak upload gambar Adam kt Langkawi pun gambar suma dlm henset ayah aku..nnt2 la kalau rajin aku upload,,kalau tak rajin tunggu la lama skit!!rasanya dh 10 thn aku tak jejak Pulau Mahsuri tue..tinggin nk pegi tp tak der rezeki lagi..asyik kerja ja,,sampai Adam pun mak ayah aku jer yg usung..kalau harap kami laki bini,alamatnya Adam tue asyik tgk dinding rumah ja la!!kalau ada cuti pun tak dk bajet,kalau ada bajet tak dk cuti..sampai bila2 la mcm ni jala,,!!


Wednesday, November 9, 2011

Kasih nya IBU..........

Posted by Nina Jamil. at 3:28 AM 0 comments
-Susu Terakhir buat si kecil-
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Selamat Hari Raya Aidil Adha,......

Posted by Nina Jamil. at 3:06 AM 0 comments

Selamat Hari Raya Aidil Adha,rasanya tak terlambat lagi nk wish kt sapa yg menyinggah kt sini !!
Tahun raya haji pun aku kena aku kena kerja,so tak der la apa-apa prepareation tue..mula2 tue rasa gk excited tunggu hari raya..tau2 tgk mak aku buat kari ayam,terus hilang feel nak raya tue..ikutkan tradition kitaorg,mak aku always tiap2 kali raya mesti masak nasi impit,kuah kacang n rendang ayam..tp kali nie menu berubah tekak ala2 mamak la plk...KARI AYAM..n aku dh agak yg tue mesti ayah aku yg request..!!frust la sesangat.!!
Pagi raya pas semayang raya..mak n ayah aku dh bersiap,.dgn anak aku disiapkan,,aku dh agak sure diaorg will angkut hero aku yg satu tue balik kg jgk,,so tinggalla kami laki kt umah umpama marka@ org baru kawin kt umah..lama gk la mak aku balik umah tok aku..ptg td baru balik mai sini balik..3 hari la jgk..lamanya sbb kt kg makcik2 aku ada buat korban lembu..so agak lamala jgk mak aku disana..kami laki bini kt umah dh mcm org tak tentu arah la..melilau sana sini...pegi makan rojak.,layan dvd tgh mlm cita al-hijab..pegi mcdonald cari wifi(sbb sangkut bil tak bayo lg)..punyala tak tentu arahnya hidup kitaorg 3 hari tue...totally tak dk mood raya langsung tahun ni...tp aku nk jgk wish selamat hari raya haji jgk taun ni....

p/s: windu momen2 kecik2 dulu,,kt kg kayuh beskat antaq dagingg umah ke umah..!!!


 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei