Sunday, March 25, 2012

Cara buat icing fondant!

Posted by Nina Jamil. at 6:45 AM


Skrg ni aku dh gila buat cupcake..n nak design cantik2,salah satu cara nak mencantikkan kek ialah hiaskan kek dgn fondant icing..setelah di tapis2 aku rasa ini la cara mudah nak buat fondant..bahan2 pun tak merepek2 sgt..(kiranya org buta senduk cm aku ni leh kenal lagi la bahan2 tue)

Bahan-bahan :-


225gm marshmallow putih
1 sudu besar air
1 sudu kecil corn syrup,tak masuk pun takapa.
450gm gula icing
1/4 cawan crisco shortening,utk gris..(jenama lain pun boleh).

Cara-cara :-


1- Microwave masrhmallow bersama air utk 20-30 saat atau sampai cair.Option lain,boleh cairkan atas api perlahan,(aku lebih suka cara nie).

2-Kacau masrshmallow dgn sudu yg telah digris supaya tak melekit.Masukkan corn syrup,masukkan dan kacau sampai sebati.

3- Griskan mangkuk besar,masukkan marshmallow tadi.Tambah gula yg diayak sedikit demi sedikit.

4- Bila fondant dah nak dekat nak jd,griskan tangan dan uli fondant tue mcm doh.Griskan tangan sekali lagi kalau perlu.

5- Bentukkan fondant tue mcm bola gris dgn shortening dan balut dgn plastik wrap.kena simpan dlm tupperware dan peti sejuk.

6-warna kan dgn perwarna gel atau air..(kalau air tue agak-agak setitik dua sudahla)bentukkan dan sedia utk dihias.

p/s : resepi aku ambil dr My resepi..aku rasa resepi nie la yang paling mudah utk dipraktikkan.,Selamat MEncuba..


1 comments:

bahulusp on November 18, 2013 at 9:56 PM said...

fondant abjad tu ada acuan yer..

Post a Comment

 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei