Sunday, August 28, 2011

...Aidilfitri سلامات هاري رايا

Posted by Nina Jamil. at 11:05 PM 0 comments

   
Lagi beberapa jam lagi seluruh umat islam akan menyambut Aidilfitri utk tahun ini.Setelah sebulan berpuasa,sedar2 tk sedar dh nak raya..Lazimnya hari raya ni,byk la kereta2 di atas jalan highway tue nak balik kampung,,tak kurang jgk yang bkn beragama islam pulak time ni diambil kersempatan utk bercuti bersama keluarga masing2.So tak heran la kalau hotel2 mmg full house la!!

Untuk tahun ni tema warna kami sekeluarga berwarna merah,tp sayang tahun ni aku dan suami tak dpt bercuti,terpaksa berkerja dipagi raya..(sedey tau)!!Jadi persiapan raya utk tahun nie byk tertumpu kepada anak aku.Ada jgk la kuih muih 5 6 jenis utk dijamu kalau ada tetamu yang sudi bertandang nanti.

Juadah istimewa yang ditunggu pada hari raya nnt tentula 'Rendang Ayam',rendang ayam mak aku mmg TERBAIK.Tak sabar nak meratah pagi esok ni,,hehehe

Plan yang telah disusun oleh ayah aku,memandangkan aku dan suami tak bercuti pada tahun ni,.Selepas sembahyang raya nanti,mak dgn ayah aku bwk anak aku pegi balik kampung sekejap..kesian la anak aku yang satu tue,,beraya dgn tok n tok wan jerla..abah mama tk cuti!!

Dah la..Tak perla aku korban kan suasana raya aku utk taun nie..kalau ada rezeki taun depan boleh raya lagi..!

So kepada semua yang mengenali aku,,,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin.

Tuesday, August 23, 2011

Dimanakan Ku Cari Ganti....♥♥♥

Posted by Nina Jamil. at 12:34 PM 0 comments

Masa first time aku dgr lagu ni,masa tue aku dalam kereta,,.tertarik sungguh aku dgn bait2 lirik lagu ni...Lagu nie mengingatkan aku kepada seseorang...dan org tue telah tiada...!!

Orang itu ialah arwah 'tok oi' aku.,,ada jugak ingat nak buat video khas utk dia,tetapi masa tk mengizinkan aku lagi,dgn kelengkapan yang terhad,membuatkan hasrat aku itu hanya terpendam dlm hati..yerla 5,10 tahun lepas orang tangkap gambar pakai kamera kodak jer,,so manaleh upload terus dlm komputer melainkan kalau adaa scanner sendiri,..sbb tuelah membataskan hasrat aku..hala nak buat satu2 video tribute ni.,memerlukan mood yang cukup kuat,baru hasilnya menarikkan...

'tok oi',very special dalam hidup aku,tak ada dua tak ada tiga,,dia tak sama mcm org lain,dia ada keistemewaan tersendiri,..dh 6 tahun lebih dia pergi,,tp kekadang aku masih ingat kan dia...tk pernah lupa..ingatan aku pada dia masih kuat,,.masih berbunga lagi tk pernah luruh...

Suatu malam yang lepas aku ada bermimpikan dia.,dia dtg tk byk cakap..cuma dlm mimpi dia mintak gambar anak aku..Aku rasa cm dia masih ada kt kampung tue,cuma aku yang tk pernah jenguk lagi...Ya Allah kau tempatkan lah dia bersama bersama orang yang soleh..Aminnn..Al-fatihah..

Saturday, August 20, 2011

Kuih Raya 2011...Home made!!

Posted by Nina Jamil. at 9:39 PM 0 comments
Tahun nie mmg aku dh merancang nk wt kuih raya sendiri,dari awal2 lagi mak aku dah g beli oven baru utk merealisasikan cita2 aku nk buat kuih sendiri.

So sekarang sedar tak sedar dh 18 hari kita berpuasa,dan masa nie la masanya nak mula2 jinak buat kuih raya.Berbekal resepi yang dikutip dari internet,dan barang2 yang di borong di Tesco,aku bertambah semangat la nak jd chef dia dapur,.

Rancangnya tahun ni aku nak buat 5 jenis biskut n 1 kek choco moist.utk choco moist tue tk jadi hal la sbbnya hari2 biasa pun aku rajin buat.Cuma biskut ni kira macam new experience la.

Untuk 2 hari aku bertungkus lumus 2 malam di dapur,walaupun siang harinya aku berkerja,tetapi semangatnyer nak main tepung tue,tido kul 1 pagi bangun kul 5 pagi pun aku sanggup.Alhamdullillah usaha aku berbaloi,semua biskut aku,buat masa ni tiga jenis muanya menjadi walaupun rupanya tak berapa nak molek..heehehehe


biskut choco.'dh rupa biskut marry jer'

biskut cornflakes.

biskut semprit belakang buaya.

Buat masa ni,aku baru dapat 3 jenis ni jer,..nnt ingt nak buat lagi,yang tgh dalam pembikinan sekarang ni,.biskut aiskrim,dh siap ..cuma nak tinggal celup coklat jer lg,.pastu nak buat biskut almond london,biskut pasir..n nnt dkt raya aku nak buat kek coklat moist..huhuhu..

Nampaknyer taun ni mua biskut aku suma homemade...angin rajin sudah sampai la ni,kalau tk jgn harap ler...

Thursday, August 11, 2011

Nilai Manusia.....diMata Insan..

Posted by Nina Jamil. at 12:11 AM 0 comments
Manusia kecil
 
Manusia Tua

Tadi sewaktu melayan video-video yang ada di Youtube ,tiba-tiba hati ini tersentak seketika melihat aksi-aksi kekejaman dan kebodohan manusia yang dirakamkan terhadap insan kecil mahupun dewasa.Tercuit hati kecil aku,dimana hilangnya kemanusiaan,rasa kasih sayang dan kecintaan sesama manusia.Tak adakah rasa kasihan dan simpati terhadap sesama manusia.

Inilah pemikiran abnormal sesetengah manusia,ada yang sanggup menghumban bayi sendiri,menikam bapa sendiri,membunuh untuk wang,.dan macam hal yang adakalanya macam tak masuk akal,dan kadang2 manusia sendiri bagaikan susah menerima bahawa sesetengah kejadian keji dan kejam itu dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia.

Menyentuh tentang pembuangan bayi,sekarang ni kes ni dah jadi macam hal biasa,takde yang terkejut hal nie.,kalau setakat terbaca seorang bayi ditinggal di perhentian bus,depan rumah,dekat surau.,mulut seseorang itu tidak akan ternganga lagi ketika membaca akhbar,kerana ini dah jadi kes biasa..(sbb dh selalu keluar),melainkan kalau berita sadis dan kejam yang menimpa insan kecik itu,seperti dihumban dari tingkat sembilan ataupun dibuang dari kenderaan bergerak ,itu barulah kejadian menggemparkan negara,..bykla kedengaran komen dari wakil2 masyarakat..Bagi aku kewujudan "BABY HATCH"adalah satu tindakan yang baik untuk menyelamatkan nyawa bayi2 yang tak berdosa itu.Walaupun kedengaran sesetengah komen menyatakan tindakan itu kurang bijak,tetapi ia lebih mulia kerana ia bertindak sebagai tempat perlindungan,sekurang-kurangnya 1,2,3 orang terselamat dari lemas dalam longkang atas membusuk dihanyut sungai.

Tetapi tak dapat disangkal didikan keluarga adalah kunci moral seseorang,dan perlu diingatkan jikalau seseorang bermasalah dengan moralnya,komuniti pulak tidak boleh menuding jari terus kepada ibu-bapa,kerana remaja atau belia sekarang bukannya jenis yang berkurung dalam rumah saja,tapi mereka juga mempunyai susur jalur komunikasi yang luas,jadi susah bagi ibu-bapa untuk menapis pergaulan anak-anak itu sendiri,.pada masa itu kebijaksanaaan seseorang itu boleh dilihat dengan pergaulan sekelilingnya.

Disana nnt dia akan menuntut bela diMAhkamah Allah

Tak kurang dengan bayi yang dibuang,ada juga yang dihina,dipersendakan kerana kecacatan.,tak kirala sekecil mana,sebesar mana,sepelik mana,sehodoh mana sekali pun,selagi ia dilahirkan melalui rahim seorang manusia ,dia tetap dinamakan manusia.Ini tidak sesetengah membenci anak,atau ibu bapa sendiri kerana kecacatan atau ketidakmampuan mereka untuk menguruskan hidup mereka dengan lebih sempurna.Ada yang malu untuk memperkenalkan kepada masyarakat kerana bimbang pandangan serong masyarakat sekeliling.


Seperti video yang dilihat diatas,dia bukanlah anak alien atau pun anak binatang,,ia adalah manusia,tp boleh lihat bagaimana kurang ajarnya pelakuan staff perubatan itu,sewenang-wenang memegang bayi itu tanpa simpati dan mendudukkan dia bagaikan binatang,..sungguh itulah satu penghinaan kepada manusia..Sehodoh atau sepelik mananya dia,bagi hati yang penuh sifat keibuaan yang normal pasti menitis airmata bila menyaksikan nasib seorang insan kerdil ini.Semoga orang yg memperlakukan dia dengan kasar dan tidak beretika itu mendapat imbalan setimpal dari maha pencipta.

Untuk kita yang telah berjaya melangkau fasa dewasa,dan apabila boleh berdikari sendiri,boleh dilihat berapa ramai warga2 tua dihumban di rumah kebajikan..tiada siapa menjenguk,,tiada siapa datang meminta diriba,diminta disuap makannya..kerana pada masa umur seseorang itu sudah tua..diaanggap mereka tidak berguna lagi.sedangkan dulunya..diribanya itu diriba 12 orang anaknya,dicuci berak 12 anaknya,tangannya itu menyuap 12 mulut,dihantar 12 anaknya semua mendapat pendidikan tertinggi..dan kini 12 anaknya itu tidak mampu menyuap satu mulut ibunya,menyikat rambut di 1 kepala ibunya sendiri..sungguh 12 anak itu tidak mampu,kerana mereka merasakan jijik,renyah..geli..jatuh status.Seringkali aku ini mengingati diri aku,sejauh mana jahatnya diri ini,hinanya diri ini,.suatu masa ibu bapa aku tak mampu melakukan apa saja,ingin aku bisikan kepada jangan risau...aku akan jaga sebagaimana mereka menjaga ibu bapa mereka,..kerana aku juga tak mahu anak aku menghumban aku di rumah kebajikan suatu hari nnt..kerana kehidupan ini ibarat roda..ia akan berputar dan kita akan merasa apa yang dirasai oleh orang sebelum kita.



 



Kepada Manusia bernama insan,hargailah Manusia..kerana melambangkan Kamu seorang Insan.





Tuesday, August 9, 2011

Makanan Pilihan sewaktu Berbuka..

Posted by Nina Jamil. at 11:43 PM 0 comments
berpuasa  ni sebulan dalam setahun..dan masa ni la ramai orang ambil kesempatan cari duit raya dengan berniaga di pasar-pasar ramadhan..sekali melangkah ker pasar ramadhan tue memang rambang mata,.berjalan dengan perut lapar,mata ni meliar singgah dari satu gerai ke satu gerai..,jgn terkejut kalau pegi bermodalkan RM50 ,balik nnt berbaki RM1 jer,,huhuh..itu mmg namanya membeli ikut nafsu..,

Bagi aku dan family aku,mmg mak aku dah ada kesedaran sewaktu berbelanja kt pasar ramadhan tue,selalu bwk duit RM20 jer..jgn bwk lebih..nnt bukan takat makanan diborongnyer,dengan kain tudung,baju blouse pun boleh disambar,main dgn mata si rambang ni.So beli apa yang patut jer,.dah pernah terjadi beli itu ini,.sampai penuh tangan,last2 tiba time berbuka makannya tak seberapa..akhirnya semuanya selamat ke tong sampah jer,..kan tak pasal..tersenarai dalam friendlist "setan"...heheh

Kalau ayah aku time bulan puasa,mak aku cakap dia ngada-ngada! Dia tak nak mkn ikan ker ayam ker.,dia nak mkn daging jer..n of coz la kari kan..dah memang peberet dia..mmg tak leh kata apa dh..n satu lagi ayah aku time posa ni  dia suka mkn nasi dgn acar buah..so benda ni leh jumpa kt umah aku time bulan puasa jer..

amik dr google jer,bkn masak sendiri ni

Kalau aku dengan mak aku plak,kami berdua lebih berbuka dengan makanan lain selain nasi ..contohnya bihun gorengker,bihun singapore ker,mee ker,,laki aku pun sama,dia senang,,tk byk cerewet,apa yang ada atas meja dia sebat jer..janji perut dia kenyang..hahaha }senang la spt laki cm tue kan...hahahah

Kalau bab kuih-muih,mmg kami sekeluarga prefer yang pedas berbanding yang manis2..kira peberet sefamily ni,ialah cucur udang..letakla berapa pinggan mmg licin,..antara lainnya murtabak pun laku gk..bergantung pada rasa jgk la..so kuih kegemaran kami sekeluarga ni la dia :,

cucur udang
murtabak
kuih talam ubi
                                              
paktongko
ayam percik...
popia goreng.

Inila antara juadah berbuka selalu kami beli sewaktu berbuka puasa..hari2 tukar2 menu..benda ni bolleh dapat hari2 kalau bulan puasa,berbanding kalau bulan lain,boleh dapat pada hari ada pasar malam ...

Tapi suatu perkara sunat yang harus di utamakan sewaktu bulan puasa sewaktu berbuka..benda nilah..mmg untung sapa yang berniaga makanan sunnah ni..heheh

kurma
Amalkan makan 2 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur yer anak2 sekalian...heheheh

Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua....
                                            




Blog Aku bersalin Baju Lagi!!!

Posted by Nina Jamil. at 10:36 PM 0 comments
Heee..hari ini macam biasa keja aku kat sini mengulat ajer,maksud aku mengulat tue bkn malas buat kerja,tp mmg tak ader kerja nak buat,biasa la bulan2 puasa mmg bisnes slow bertembung la pulak dgn bulan "HUNGRY GHOST"dlm kepercayaan cina,mmg kurang la kat hotel ni kan..
  dah duduk saja2 tue kan tangan tue pun menggatal la g buka netbook tue.tgk kan blog ni dah rasa cm jemu plk wallpaper ni!aku ni bkn nyer pro bab nak edit2 background ni,,.header blog aku tue pun aku buat berapa lama baru la jadi,padan la sampai dh nek rabun nak refer dr blog2 otai yang lain.
Bagi aku yg lulusan tadika kemas dalam bab-bab internet,computer mua ni..aku mencari cara mudah jer...so aku selalu amik background kat sini http://www.thecutestblogontheblock.com/ .kat situ korang boleh pilih mana background yang cantik untuk blog korang,nak apply kt blog pun senang just copy n paste kod saja..(sesuai la utk newbies cam aku ni)..selain daripada tue ada gak animation cute2 untuk blog korang,,pendek kata kita ni kena rajin jalan2 ke blog org lain,sambil tue kutip2 la ilmu dari diaorang,,walaupun sesetengah blog tue untuk mendapatkan pendapatan,tp aku berblogging ni sekadar nak meluahkan perasaaan dan memahatkan perkembangan anak aku aja..so aku tak berapa amik kisah tentang follower ni..kalau ada org baca 'Alhamdullillah...tak ada pun tak apa..ada aku kisah ..hehehe

Untuk kali KeDua............

Posted by Nina Jamil. at 2:28 AM 1 comments

Kelmarin,jadila ceritanya,slalu shift aku abih pukul 7 petang,sempat la bergegas balik bukak puasa kt rumah.Macam biasa pukul 6.30 Pm aku dh siap2 standby tutup shift,total cash untuk shift aku,.dalam 10 min semuanya siap,tinggal stanby bag n helmet saja menunggu Mr.Hubby dtg amik.Tak disangka laki aku datang awal kelmarin,tak pa la,aku suruh dia tunggu kt garden mcm biasa,sangka aku kejap lagi sampai la kawan aku yang nak take over shift aku ni,,.tp lama kelamaan,tunggu punya tunggu,..batang idung pun tak nampak,aku try call kawan aku yg itu,tak berjawab!teringat pesan dia dulu "kalau Abg Razi off mmg tak jwb la fon",aku dah merasakan ada yang tak kena,mustahil kalau dia kerja dia tk jwb fon,slalunya kalau dia lambat,dia akan call bagi tau aku.Jam dah menunjukkan pukul 7.20 pm,lagi 14 minit ja lagi nak berbuka,anggaran aku mmg tak sempat..aku try call other branch nak confirm duty roster tue,alangkan terkesimanya aku,tau tau kawan aku tue rupanya off day,staff yang kt sini pun off,.dh dua-dua off sapa yang nak take over shift aku,,dah tak ke kacau haru biru aku dibuatnya..dengan perut lapar lg,dgn laki kelam kabut suruh cepat..aku tak der la sampai hati nak tinggal kaunter jd tak berpenunggu kt situ,buatnya nnt hilang duit ker,pc kena rompak ker,tak ker yang nak menjawabnya itu "AKU"..
Akhirnya aku pun gagahkanlah tangan call sorang staff foreigner ni,selama ni mmg aku ada ajar dia skit2 bab nak jaga kaunter,nak check in guest,ternyata selama ni aku tak rugi berkongsi ilmu serba sikit dgn dia,sbb emergency camni ada gunanya jgk!Aku contact plak sorang lg staff,dia kena dtg keja jgk mlm ni,lambat pun tk apala..masukla pukul 9 pun aku tak kisah,janji ada org cover shift malam..Pukul 7.30pm aku pun balikla,lantak apa nak jadi kt kaunter tue,asal ada org jaga sudah,aku dh tak tahan,.perut dah berkeroncong weiii...aku ingat takat tue jala benda yang buat aku berasa sangat tidak best pada hari tue,rupanya ada lg benda yang lagi tak best dari kes tu..
Pagi tadi mcm biasa aku masuk keja kul 7 pg ,tergerak aku nak tgk duty rooster yang baru di faxkan semalam.,semalam tak sempat nak belek lebih,.kelam kabut nak balik bukak puasa,..tgk2 yang mula...jeng..jeng..jeng...overtime dah kena potong skit..sbbnya staff yang kena hantar pegi Shah Alam tue,balik sini balik..tak kisahla..sgt..walaupun ia bakal mengganggu gugat sistem kewangan aku skit..aku relaks lg,,tgk makin kekanan dan kekanan...dhhhh...CUTI RAYA AKU DITARIK BALIK ..hari raya pertama dan kedua aku kena keja 7pg sampai 7 mlm...Raya ketiga baru dapat cuti..WTF...hati ni dh menyumpah seranah dh..berapa banyak staff melayu kt branch kt Penang ni,,sorang pun tk dpt cuti..terasa cm dizalimi pun ada jgk..ckp dgn manager pun,manager pun tak boleh buat apa..aku pun malas2 nak byk songeh ..menyambut ceria saja la gaji double tue nanti..walaupun ni tahun yang kedua aku beraya kat tempat keja..nasib baik aku bertanya kat laki aku,cuti tak raya nanti?dia jawab dia tak cuti..aku tak tau nak kata pa..sian jugak dekat buah hati aku..pagi2 raya mama dengan abah dia kena kerja..kalau ada can aku angkut anak aku bwk pegi tmpt keja..ada aku kisah ..tak bagi aku cuti..aku bwak anak aku mai raya kt hotel dgn aku......hahahahaha...

 

Adam Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei